Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kecekalan Anak Kecil Wajar Dicontohi - A. Latiff



Kecekalan murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Marang, Mohd Faizal Hafis Adnan sehingga mampu meraih kejayaan dalam Kejohanan Merentas Desa Bawah 12 Tahun Peringkat Kebangsaan sepatutnya menjadi contoh dan model kepada rakan sebayanya.

Faizal yang hanya berbadan kecil berasal dari Kampung Pantai Tukang Perahu di Seberang Marang, menarik perhatian ramai dan kisahnya tular apabila meraih kemenangan dengan cara yang luar biasa, akibat sanggup merangkak hingga ke garisan penamat selepas terjatuh di kejohanan berlangsung di Taman Botani Negara, Shah Alam, kelmarin.














Situasi itu menyentuh hati rakyat Malaysia dan turut mendapat tweet daripada Menteri Pendidikan,  Dato' Mahdzir Khalid.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan  Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff  Awang berkata, ketabahan serta semangatnya sangat mengujakan dan wajar dipuji, malah sikap itu perlu dipupuk pada semua anak muda.

"Saya terpanggil untuk menemui anak kecil yang cekal dan patut menjadi teladan semua rakan sebaya ini.

"Berani, tabah dan bersemangat demi memenuhi impian walaupun berdepan kepayahan. Saya kagum dan berbangga,"katanya kepada Teganukita.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Kejohanan Balapan & Padang Majlis Sukan-Sukan Daerah Marang kali ke 26/ 2017 di SMK Seberang Marang / SK Bukit Gasing, hari ini.



A.Latiff juga menyerahkan sumbangan barangan sukan,  plak dan sijil penghargaan kepada Faizal untuk menghargai semangat dan daya usaha pelajar itu.

Faizal pada mulanya hanya murid yang sederhana dan berada di kelas terakhir di Tahun Tiga sebelum memasuki kelas terbaik pada tahun lalu dan meneruskan kejayaan tahun ini, selain menjadi pelajar harapan yang disasarkan memperolehi 6 A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2017 nanti.

Bakatnya di bidang sukan pula dicungkil dalam acara merentas desa selepas muncul tempat ke-4 di peringkat negeri tahun lalu.

Kemudian dia terpilih mengikuti latihan dalam pasukan Merentas Desa Negeri Terengganu.

Sebelum itu, Faizal juga muncul naib johan merentas desa peringkat kebangsaan di Negeri Sembilan dan melakar kejayaan di luar jangkaan ramai.

Selepas berjaya memenangi pingat perak tersebut, Faizal konsisten berlatih di tepi pantai setiap hari demi mencapai pingat emas.

No comments: