Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Jadikan Ilmu Sebagai Matlamat Kehidupan - Sultan Terengganu

Sultan Mizan ketika bertitah dalam Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengharapkan agar umat Islam khasnya di Terengganu mengambil peluang dengan menjadikan ilmu sebagai matlamat kehidupan bagi diri sendiri dan keluarga.

Titah baginda, semua muslimin dan muslimat menanam semangat diri dan keluarga untuk menjadi golongan yang tidak pernah cukup dengan ilmu yang ada.

"Jadilah muslimin dan muslimat yang tidak pernah berhenti mencari dan mengejar ilmu kerana ilmu satu-satunya perkara yang akan kekal di samping kita sehingga ke akhir hayat.

"Untuk itu, beta menyeru kaum muslimin dan muslimat sekalian agar ambillah peluang yang masih ada bersama umur kita untuk menuntut ilmu," titah baginda.

Sultan Terengganu bertitah demikian Majlis Penutup Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Terengganu di Arena Merdeka, Dungun, malam ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.


Mengiringi baginda, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib serta ketua-ketua jabatan.

Baginda turut bertitah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah mengatur kelas-kelas pengajaran agama di masjid dan surau seluruh negeri bagi memudahkan rakyat untuk mendalami agama Islam secara sempurna dan selamat daripada segala bentuk ajaran yang tidak menepati kehendak al-Quran dan as-Sunnah.

"Sistem pengajaran dan pembelajaran teratur ini akan dapat menyelamatkan umat Islam dari terjebak dengan pelbagai pemahaman ilmu yang bersifat melampau yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam," titah baginda.

Dalam pertandingan tilawah tersebut, Mohd Hafas Ali dari Marang muncul sebagai qari terbaik manakala qariah terbaik pula dimenangi oleh peserta yang mewakili Kuala Nerus, Nur Jannah Abdul Rahman.

Masing-masing bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang bakal berlangsung di Melaka pada 2 hingga 8 April ini.

No comments: