Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hanya 10 Peratus Usahawan YPU Gagal Bayar Hutang


Usahawan bergambar kenangan selepas selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Hanya 10 peratus daripada 5,000 usahawan Terengganu dikesan gagal membayar balik pinjaman kewangan mengikut tempoh seperti yang dijadualkan kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT).

Ketua Pegawai Eksekutif YPUT, Dr Tengku Khairi Abd Rahman berkata, jumlah itu dianggap sebagai kes terpencil dan tidak membimbangkan.

Katanya, YPUT sentiasa berusaha mengatasi masalah tersebut secara rundingan dan diplomasi termasuk meminta peminjam menghadiri sesi kaunseling bersama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

“Langkah itu dilaksanakan sebelum mengambil tindakan seterusnya termasuk mengikut undang-undang.


“YPUT sentiasa memantau rekod pembayaran hutang pinjaman oleh usahawan dan memberi bimbingan kepada mereka dari semasa ke semasa.

“Secara umumnya, kita berbangga kerana sebilangan besar usahawan mampu membuat pembayaran balik dan ini membuktikan mereka berjaya mengembangkan perniagaan hasil pinjaman daripada YPUT,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Sembang Bisnes On Cruise di Jeti Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) Negeri, Salemi Yusof.

Tengku Khairi berkata, sepanjang tahun ini, YPUT menerima peruntukan RM900,000 daripada kerajaan negeri sebagai dana untuk Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) memperluas pasaran dalam pelbagai perniagaan.

“Jumlah itu diagih kepada dua kategori peniagaan iaitu dana perniagaan atas talian sebanyak  RM500,000 manakala pembangunan produk RM400,000,”katanya.
.




No comments: