Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gabungan Felda Bantah Pembangkang Guna Nama Felda


Gabungan Felda Wilayah Terengganu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu berhubung mengguna pakai nama Felda dalam penganjuran konvensyen oleh Pakatan Harapan di Dewan Jublee Sultan Abdul Aziz, Shah Alam 19 Mac nanti.

Laporan polis pada jam 11 pagi tadi itu diketuai oleh Ketua Peneroka Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan Rancangan (JKKR) Felda Wilayah Timur, Ismail Muhamad.

Selain itu, Ketua Penerangan Kami Anak Felda (KAF) Wilayah Timur, Mohd. Zulkifli Jusoh dan Naib Pengerusi 1 Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu, Mohd. Khairil Sabri turut menyertai Ismail membuat laporan berkenaan.

Ismail berkata, laporan tersebut dibuat bertujuan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur terbabit agar menghentikan segera penggunaan nama peneroka dan juga Felda bagi mengelak wujudnya kekeliruan khususnya di kalangan warga Felda.

"Sebenarnya, kami tidak pernah memberi sebarang kebenaran kepada mana-mana pihak yang tiada kena mengena dengan Felda untuk mengguna pakai nama Felda ataupun peneroka Felda dalam sebarang penganjuran program termasuk seminar dan sebagainya.

"Pada awalnya, pihak penganjur telah menamakan program anjurannya itu sebagai Konvensyen Felda dan kemudian telah diubah kepada Kongres Peneroka Felda. Jadi, kami membantah sekeras-kerasnya penggunaan dua nama ini (Felda dan Peneroka Felda)," katanya.

Sementara itu, Khairil pula berkata, perjumpaan lain akan dilakukan oleh pihaknya jika penganjur program terbabit masih berdegil dan mengingkari bantahan menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda itu.

"Kita mungkin adakan perjumpaan selanjutnya di peringkat nasional bagi membincangkan bagaimana bentuk tindakan yang bakal diambil terhadap mereka sekiranya masih menggunakan nama Felda dan Peneroka Felda," katanya.

No comments: