Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Earth Hour Akan Dilaksanakan Di Lokasi Tumpuan Setiap Tahun



Dato' Mohd Jidin bersama perserta yang mengikut program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.


Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan Program Earth Hour di peringkat negeri Terengganu ke lokasi tumpuan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya di kalangan belia terhadap situasi semasa alam sekitar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program yang julung kali diadakan Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta mengikuti perarakan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu.

Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu meneruskan penganjuran acara itu pada masa akan datang di lokasi berbeza bagi memupuk kesedaran rakyat Terengganu.

"Program yang dijalankan ini adalah antara julung kali diadakan di Terengganu sebagai tanda penghormatan kepada 172 negara lain untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.

“Untuk permulaan kita lakukan dahulu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemungkinan juga kita akan pilih di kawasan Batu Buruk dan kawasan-kawasan rekreasi di setiap daerah untuk memberi penghormatan serta pengajaran kepada belia supaya mereka lebih faham tentang penjimatan elektrik,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.

Turut hadir Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar.

Dalam program tersebut pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Night Walk sejauh 1.36 kilometer, menanam pokok serta pameran-pameran persembahan selain daripada aktiviti utama iaitu penutupan lampu di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu selama satu jam bermula 9.15 malam.

No comments: