Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

DUN Telemong Sasar Peroleh 7,864 Pengundi Pada PRU 14




Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong menyasarkan 7,864 majoriti pengundi pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU 14) dengan gerak kerja dan komitmen jentera parti bagi mengekalkan kemenangan besar  di kawasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN)Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata jika ingin mencapai sasaran 7,864,semua pihak perlu fokus dengan apa yang di inginkan untuk mencapai kemenangan.

Katanya lagi,terdapat 1,600 lebih pengundi yang baru didaftarkan sebagai pengundi kali pertama di DUN Telemong buat masa kini yang perlu di jaga bagi memastikan undi mereka adalah untuk Barisan Nasional(BN).

"Walau kita ada ramai jentera sekalipun tetapi jika di dalam satu organisasi tidak ada sikap kerjasama belum tentu dapat mencapai sasaran yang di inginkan.

"Namun saya yakin dengan kecekapan dan komitmen jentera parti terutama dari kalangan wanita yang merupakan antara sayap yang penting dalam menarik sokongan pengundi terhadap UMNO.

"Dengan kelembutan,kebijaksanaan wanita UMNO mampu menjaga kebajikan semua penduduk kampung di Dun Telemong dengan gerakan Jalinan Rakyat(JR) yang sentiasa bergerak aktif dan turun padang mendekati rakyat di peringkat akar umbi,"kata Rozi.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Perasmian Kesiapsiagaan Jalinan Rakyat (JR) DUN Telemong Kompleks Desa Taqwa, Kuala Telemong, Hulu Terengganu semalam.

Hampir 150 orang JR wanita hadir untuk berbengkel selama dua hari bagi memantapkan lagi peranan mereka dalam menghadapi PRU 14 yang semakin hampir.

Sementara itu,Pengerusi Penyelaras Wanita UMNO DUN Telemong,Normala Wahab berkata pihaknya sentiasa meningkatkan pemantapan jentera JR selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti Umno untuk bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan kenyakinan rakyat terhadap parti.

"Pergerakan wanita akan bekerja lebih kuat dan terus menyelami, mendekati serta menyelesaikan masalah pengundi hingga ke akar umbi dan salurkan pada badan-badan berkaitan kerana hanya BN sahaja dapat membantu rakyat.

"Petugas JR akan di bekalkan pelbagai maklumat serta kemahiran tinggi yang sesuai termasuk kemahiran media sosial mengikut perkembangan semasa untuk berhadapan dengan karenah pembangkang bagi memastikan JR dapat berhadapan dengan pelbagai situasi dengan bijak,"kata Normala.

No comments: