Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

6,000 Pengunjung Dijangka Kunjungi TMEx




Lebih 6,000 pengunjung dijangka hadir pada Travel Market Expo (TMEx) 2017 di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu  yang mempromosikan pelbagai pakej pelancong domestik dan luar negara menarik.

Pameran yang berlangsung selama tiga hari, berakhir 25 Mac (Sabtu) disertai  41 syarikat agensi pelancongan tempatan dan luar Terengganu.

Antaranya  Tourism Melaka, Tourism Perak, Sani Express Sdn Bhd, Juara Travel &Tours Sdn Bhd, Yaskin Travel,Melaka River Cruise dan Industri Kecil dan Sederhana Terengganu.

Pengarah  Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, berkata pameran pertama kali dianjurkan itu bertujuan mewujudkan pemasaran secara  langsung antara penyedia perkhidmatan pelancongan kepada kumpulan sasar.
\

Katanya, pada masa sama, mewujudkan rangkaian kerjasama strategik antara pemain industri pelancongan tempatan dan luar Terengganu menerusi jualan pakej-pakej  pelancongan.
“Apa yang menarik, ada sesetengah agensi menawarkan diskaun sehingga 30 peratus  sempana pameran itu,” katanya



No comments: