Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN :60 Pelajar Ikuti Program Diploma di KQT


Seramai 60 pelajar mengikuti program diploma di Kolej Quran Terengganu (KQT), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A.Latiff Awang.

Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun akan datang KQT yang menawarkan Diploma al-Quran dan Qiraat serta Diploma al-Quran dan Bahasa Arab akan menjadi Kolej Universiti dengan penawaran program diploma dan ijazah yang mengintegrasikan ilmu wahyu dan empirikal dengan hafazan dan Ulum al-Quran sebagai asas.

“Prasarana KQT akan dibangunkan selari dengan pertambahan program pengajian dan pelajar. Mereka akan mendapat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Terengganu sepenuhnya.

“Antara struktur program pengajian ialah hafazan al-Quran 30 juzuk, ilmu al-Quran, ilmu Islam, Bahasa Arab, Nahasa Inggeris dan Latihan Industri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pergulungan Persidangan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Ke13 di Wisma Darul Iman, hari ini.

No comments: