Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

30 Dialek Ulu Sedang Didraf Sebelum Didokumentasikan


Hulu Terengganu mempunyai lebih 30 loghat dengan setiap kampung berbeza dialeknya.Khazanah yang cukup unik dan bernilai kepada masyarakat itu akan dibukukan tidak lama lagi.

Pegawai Pendidikan Daerah, Jalaluddin Ismail berkata, Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (Hutecs) yang di jadikan Pusat Kajian Dialek Ulu dengan pemantauan Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Terengganu sedang membuat kajian menyeluruh mengenai dialek berkenaan untuk didokumentasikan bertujuan sebagai rujukan masa hadapan.

Katanya, pelancaran draf awal buku dialek hulu akan dilaksanakan pada sambutan hari guru peringkat daerah  tahun ini.

"Pihak kami dengan Hutecs sedang merangka khazanah ini melalui satu gerak kerja dalam bentuk ilmiah, budaya dan sejarah serta pembukuan ini akan menjadi satu sumbangan besar untuk generasi akan datang.

"Kita bimbang dengan asimilisasi yang berlaku pada masa sekarang di kalangan generasi muda,ada kemungkinan khazanah bahasa ini akan hilang dan tidak mustahil generasi akan datang tidak tahu mengenai loghat daerah ini yang cukup unik,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.

Menurut Jalaluddin, ia mencerminkan jati diri yang unik yang perlu dipertahankan dan sebagai orang Hulu  Terengganu perlu bangga dengan loghat ulunya.

"Ia menjadikan Bahasa Melayu lebih kaya dan setanding dengan bahasa lain di dunia mengikut sejarah bahasa,"katanya lagi.

Mengikut kajian, sebutan dialek Hulu Terengganu hampir kepada sebutan Bahasa Melayu Induk dan Bahasa Austronesian Kuno. Dialek ini memungkinkan teori bahawa ia dialek yang paling asli dan tua di Semenanjung Tanah Melayu.

Pada tahun 1935, C.C.Brown menerbitkan tulisannya melalui Terengganu Malay dengan berpendapat bahawa daripada segi pembunyian dan tata ujaran, percakapan di Hulu Terengganu sangat berbeza dengan bahasa di daerah lain di Terengganu.

Beliau menyifatkan unsur kosa kata Hulu Terengganu sebagai unsur yang tua, berbentuk kuno dan wujud di Pantai Borneo Utara, Kepulauan Maluku, Pergunungan Sumatera Selatan dan Gugusan Kepulauan Thailand.

Dalam pada itu, antara kampung yang pekat dengan loghat hulunya adalah kampung sekitar seperti Tanjung Putat, Bukit Gemuruh, Kampung Buluh, Pasir Nering, Kampung Pauh, Jenagor, Gaung, Telaga, Butut, Basong dan Tajin serta kampung-kampung lain yang lebih jauh.

No comments: