Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

15 Remaja Ditahan Dalam Ops Banteras Pelajar Ponteng



Seramai 15 pelajar daripada empat sekolah di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan Bukit Tunggal ditahan dalam Operasi Ponteng Sekolah, semalam. 

Dua daripada pelajar terbabit masing-masing didapati positif dadah dan merokok.

Program yang terbahagi kepada lima zon, masing-masing Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Tunggal (zon satu), SMK Kompleks Gong Badak (zon dua), SMK Ibrahim Fikri (zon tiga), SMK Kompleks Seberang Takir (zon empat), kawasan Pantai Teluk Ketapang , Lapangan Terbang dan Tok Jembal (zon lima) bermula dari jam 8.30 pagi berakhir kira-kira empat jam kemudian.

Naib Presiden Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Kuala Nerus, Md Azmi Aziz, berkata seramai 120 orang terlibat dalam operasi membabitkan 22 agensi kerajaan termasuk Majlis Tindakan Mencegah Dadah (MTMD), Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD), Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Persatuan Kepolisan Komuniti Terengganu Rakan Cegah Jenayah, Briged Keselamatan, Skim Rondaan Sukarela dan Pemadam Daerah Kuala Nerus.



"Susulan penahanan dua pelajar yang didapati positif dadah dan merokok itu, mereka kemudiannya dibawa untuk tindakan selanjutnya di  Pejabat Kesihatan Daerah dan AADK (Agensi Anti Dadah Kebangsaan Terengganu).

"Pelajar terbabit juga dirujuk kepada pegawai di PPD dan perlu mendapatkan khidmat kaunselor, selain memanggil ibu bapa masing-masing," katanya kepada Teganukita.

Turut serta, Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Che Soh Muda.

Che Soh berkata, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Nerus menghargai kerjasama dan komitmen bersepadu semua pihak yang terlibat menjayakan program itu dalam usaha memerangi masalah ponteng sekolah.

"Kita juga mengenal pasti beberapa langkah dan strategi yang melibatkan `Outreach & Engagement' bersama Pemadam Kuala Nerus yang diketuai Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil bagi tujuan merealisasikan hasrat ibu bapa," katanya.

No comments: