Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO Terengganu Bersiap Siaga Hadapi PRU-14





Jentera Penerangan Umno Negeri Terengganu bersiap siaga menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada bila-bila masa bagi memastikan kemenangan tetap berpihak kepada Barisan Nasional (BN).

Ketua Penerangannya,Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, peringkat negeri telah mengaturkan cara melaksanakan kerja bermula di lapan bahagian termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN)di Terengganu.

"Kita sudah bersedia dengan jentera penerangan  dari peringkat negeri sampailah ke peringkat akar umbi dengan pelbagai program yang terancang dan teratur.

"Di semua DUN, kita akan isikan dengan program bermula dengan cawangan dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) dengan pengisian berbeza. Sasaran kumpulan tertentu tapi dengan satu tujuan sebagai pemudahcara untuk kemenangan BN," katanya kepada Teganukita.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Bengkel Gerak Kerja Penerangan Umno Terengganu di Hotel Primula,Kuala Terengganu,hari ini.




Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Setiausaha Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehemi Yusof.

Pada masa yang sama,Pelancaran Pertandingan War Cry turut diadakan bagi mencipta slogan yang menarik untuk Umno Terengganu dengan hadiah lumayan.

Pertandingan tersebut akan dibuka kepada semua ahli UMNO dan penyertaan akan ditutup pada 13 Mac manakala keputusan akan diumumkan pada 15  April nanti.



Sementara itu,Muhammad Pehemi berkata biro penerangan adalah satu badan yang sangat penting untuk bantu kemenangan besar dalam PRU 14 nanti.

"Biro penerangan perlu kreatif dalam setiap pelaksanaan program yang akan diadakan sesuai dengan matlamat bengkel hari ini.

"Gunakan kreativiti mengikut bahagian masing-masing dengan peruntukan yang disediakan untuk buat gerakan hebat,"katanya.

No comments: