Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ukom Rintis Usaha Adakan Perhimpunan Media Lembah Kelang


Pertemuan Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) dengan rakan media baru di Kuala Lumpur, kelmarin membuka jalan ke arah menghimpunkan pengamal media anak Terengganu di Lembah Kelang, tidak lama lagi.

Pengarah Ukom, Dato’ Muda Mamat, berkata Ukom sebagai unit perantara antara Pejabat Menteri Besar  dengan pengamal media di Terengganu dan juga seluruh Malaysia, amnya mahu supaya satu hubungan baik dapat diadakan bagi memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam usaha menyampaikan maklumat yang tepat dan terkini mengenai perkembangan pentadbiran serta politik di Terengganu.





“Pertemuan itu juga bukan sahaja dapat menjadi platform untuk bertukar idea, maklumat serta isu semasa malah kita juga berhasrat merintis jalan untuk mengadakan perhimpunan media di kalangan anak Terengganu yang berada di Kuala Lumpur dan juga Selangor.

“Perhimpunan itu nanti juga dapat merapatkan ukhwah dan memberi dimensi baru untuk saling berkongsi dan melontarkan pandangan masing-masing yang akhirnya dapat memberi sinergi baru kepada kedua-dua pihak,”katanya kepada Teganukita.

Beliau berkata demikian ketika menyertai perjumpaan dengan media baru di Kuala Lumpur.
Turut hadir, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman dan Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan), Mohd Razif Abdul Majid.


Sebelum itu, beberapa pegawai dan kakitangan Ukom turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Abdullah Mohd Zin.


Lawatan ke Kuala Lumpur selama tiga hari turut membawa kepada pertemuan dengan Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) Dato’ Abdul Fattah Abdullah dan Ahli jawatankuasa koperasi berkenaan, selain lawatan ke Angkasapuri, RTM serta Karangkraf, Shah Alam.


No comments: