Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TSG Teruskan Rentak Penguasaan

Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan kedua LTdL 2017 yang berakhir di Gerik, Perak. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Pelumba Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin meneruskan rentak kejayaan apabila diumumkan Pelumba Malaysia Terbaik di peringkat kedua, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 hari ini.

Perlumbaan yang bermula dari Jerteh, Besut ke Gerik, Perak sejauh 208.1 kilometer tersebut, Shahrul merangkul kemenangan itu dengan catatan masa keseluruhan lapan jam dan 35 saat.

Pada peringkat pertama dari Bandar Kuala Berang berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu semalam, dua pelumba TSG, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Mohd Zamri Salleh terlebih dahulu mengukir nama apabila masing- masing mendapat gelaran Raja Bukit dan Pelumba Malaysia Terbaik.

Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata, untuk pelumbaan peringkat ketiga, persediaan TSG sedikit terjejas apabila terpaksa mempertaruhkan lima pelumba berikutan seorang pelumba utama pasukannya terlibat dalam kemalangan pada saingan peringkat kedua hari ini.

“Mohd Hariff Saleh telah menghadapi kemalangan dalam perlumbaan hari ini dan dengan kecederaan yang dihadapinya, beliau terpaksa menarik diri.

“Untuk pusingan ketiga esok, TSG hanya akan dianggotai oleh lima pelumba. Ianya sedikit sebanyak akan menjejaskan persediaan yang telah kita lakukan namun kita akan sesuaikan dengan keadaan dan mengatur strategi untuk mengekalkan penguasaan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.


Dalam perlumbaan peringkat kedua itu, Travis McCabe dari United Health Care Pro Cycling Team muncul sebagai juara dengan catatan masa lima jam empat minit dan 41 saat.

Jersi kuning milik pelumba dari Isowhey Sports Swisswellness, Scott Sunderland pula berpindah hak milik kepada Ryan Gibbons dari Team Dimension Data yang turut menyarung jersi raja pecut.

Gelaran Raja Bukit pada saingan kedua pula dirampas kepada John Kronborg Ebsen dari Infinite AIS Cycling Team manakala jersi putih dimenangi oleh pelumba dari Vino Astana Motors, Yevgenly Gidish.

LTdL 2017 yang membuka tirainya semalam di Kuala Berang berakhir pada 1Mac nanti menghimpunkan seramai 114 pelumba dari 19 membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.

No comments: