Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TSG Terima Tajaan RM6.9 Juta



Zainal menyerahkan sumbangan bernilai RM1.1 juta dari kerajaan negeri kepada Farhan bagi menguruskan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) menerima tajaan sebanyak RM6.9 juta daripada kerajaan dan beberapa buah syarikat untuk menghadapi saingan pada musim ini.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, sebanyak 26 syarikat dari dalam dan luar negara termasuk Jepun, China dan Singapura bersetuju untuk memberi tajaan kepada TSG.

Katanya, penajaan dari segi kewangan dan barangan tersebut mampu membantu pasukan di bawah kendalian Jeremy Hunt selaku jurulatih untuk menempa lebih banyak kejayaan pada tahun ini.

“Saya harap penajaan ini tidak dipersiakan dan akan digunakan sepenuhnya bagi membolehkan TSG menjadi pasukan digeruni di rantau ini.

“Jumlah itu memang mencukupi bagi musim 2017 kerana kita sudah menjangka perbelanjaan sebanyak ini sejak musim lepas dan yang penting, ia dapat meringankan beban kerajaan negeri,” katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Penajaan dan Pengenalan Pasukan TSG bagi musim 2017 di Kuala Lumpur.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amin Busu dan  Ketua Pengarah Eksekutif TSG, Ahmad Farhan Abdul Wahab.

Tambahnya, anak syarikat kerajaan negeri, Terengganu Incorporated Sdn Bhd merupakan penyumbang terbesar melibatkan tajaan sebanyak RM2 juta, diikuti syarikat Shimano (Singapore) Pte Ltd (RM1.3 juta) serta Kerajaan Terengganu sebanyak RM1.1 juta.

Rozi berkata, untuk tahun ini, TSG mensasarkan untuk berada di kedudukan kelima keseluruhan serta kelompok empat pasukan terbaik Asia dalam kejohanan Jelajah Asia UCI musim ini selain meletakkan sekurang-kurangnya memperoleh satu podium pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.

Bagi kejohanan LTdL kali ini, akan bermula pada 22 Februari, TSG mempertaruhkan enam pelumba iaitu Mohd Zamri Saleh sebagai ketua pasukan, Mohd Harrif Saleh, Anuar Manan, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki, Mohd Shahrul Mat Amin dan Dadi Suryadi.

No comments: