Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TSG Sasar Juara Peringkat Pertama LTdL Esok



Anuar Manan yang mewakili TSG bakal memulakan perlumbaan LTdL bermula esok di Kuala Berang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.


Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan sasaran untuk memenangi persaingan peringkat pertama dalam kejohanan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang akan bermula esok di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu.

Pelumba pasukan tersebut, Anuar Manan berkata, selain ingin mengekalkan jersi putih yang pernah dimenangi oleh TSG menerusi Adiq Hussainie Othman pada tahun lepas, TSG turut meletakkan harapan untuk memenangi peringkat pertama pada edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu.
.
“Untuk peringkat pertama, banyak kelebihan yang ada kepada pasukan TSG kerana laluan ini merupakan laluan yang sering digunakan oleh kami ketika melakukan latihan.

“Jadi kami sudah tahu selok-belok laluan ini, di mana kawasan berbukit serta macam mana untuk masuk di akhir perlumbaan. Jadi ini merupakan satu kelebihan kepada pelumba TSG,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada sidang media sempena Pra Pelancaran Perlumbaan LTdL di Hotel Permai, Kuala Terengganu, hari ini.

Tambahnya, untuk persaingan kali ini, kesemua pelumba TSG telah melakukan persiapan rapi termasuk menyertai kem latihan di Melbourne, Australia.

Namun begitu, saingan daripada pasukan lain dijangkakan sengit kerana mereka yang hadir turut melakukan persidaan penuh seperti menyertai Jelajah Dunia.

Anuar berkata, bagi LTdL 2017 beberapa pasukan dijangka akan memberi saingan sengit buat TSG  seperti Nippo – Vini Santini, Isowhey Swisswellness dari Australia dan banyak lagi.

“Untuk LtDL kali ini, kita tidak boleh pandang rendah pada pasukan yang menyertainya. Saingan kalau dilihat ramai pakar pecut turut mengambil bahagian dalam perlumbaan kali ini. Antara sembilan ke 11 orang.

“Walau bagaimanapun, kami akan lakukan yang terbaik untuk LTdL kali ini,” katanya.


Sementara itu, juara individu keseluruhan 2016, Reinardt Janse Van Rensburg dari pasukan Dimension Data tidak akan mempertahankan gelaran yang dimenanginya pada edisi ke-22 Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.
Dalam senarai yang dikeluarkan pengendali perlumbaan, Ciclista Sports Sdn Bhd, nama Reinardt tiada dalam barisan enam pelumba yang akan memulakan peringkat pertama dari Kuala Berang ke Kuala Terengganu membabitkan jarak sejauh 124.8 kilometer.

No comments: