Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TSG Pertaruh Pelumba Terbaik Dalam LTdL

Enam pelumba TSG yang bakal memberi saingan dalam LTdL 2017. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) meletakkan harapan yang tinggi kepada pelumba-pelumbanya untuk meraih kejayaan pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017.

Ketua Pengarah Eksekutif pasukan tersebut, Ahmad Farhan Abdul Wahab berkata TSG dibarisi oleh pelumba-pelumba terbaik disamping berada dalam kondisi yang amat memuaskan.

Katanya, TSG bakal melakar kejayaan dengan gandingan serta kerjasama yang ada pada setiap pelumba.

"Secara keseluruhan dalam lapan pusingan ini yang mempunyai banyak pendakian, kita berharap agar Dadi Suryadi berada dalam keadaan terbaik untuk mempertahankan jersi putih.

"Kita juga menaruh harapan kepada Anuar Manan dan Mohd Hariff Saleh untuk meraih dua podium dalam LTdL 2017 iaitu bagi pusingan pertama serta pusingan di Putrajaya nanti," katanya.

Farhan

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Perkenalkan Pasukan LTdL 2017 di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.

Perlumbaan peringkat pertama yang akan bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8 kilometer bakal melibatkan seramai 114 pelumba dari 19 pasukan termasuk TSG.

Manakala bagi perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.

No comments: