Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TSG Pencabar Di Sukan SEA



Pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) diberi mandat oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mewakili negara bagi acara lebuh raya Sukan Sea di Kuala Lumpur pada 19-31 Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif TSG, Farhan Abdul Wahab berkata, persediaan rapi sedang dilakukan bagi menyertai temasya dwitahunan itu termasuk menghantar 12 pelumba ke Melbourne, Australia bagi menjalani latihan insentif menerusi kendalian Jeremy Hunt selama 45 hari bermula 2 Januari lalu.

Sementara itu, senarai enam pelumba yang akan mewakili negara ke Sukan SEA akan diputuskan pada akhir Mac ini, sebelum fasa latihan seterusnya diadakan di Cameron Highlands dan Chiang Rai, Thailand.

“Latihan di Australia bagi menyesuaikan pelumba dengan laluan yang bakal mereka tempuhi dan memperbaiki kelajuan, pendakian bukit mahu pun teknik kayuhan supaya mampu bersaing dengan pelumba dari benua terutamanya Eropah.

“Ianya juga sekaligus sebagai persiapan dalam menghadapi Le Tour de Langkawi (LTdL) dan juga Le Tour de Filipinas pada bulan ini sebelum menghadapi sukan SEA,” katanya kepada Suara Transformasi.


Sejurus tamat latihan di Melbourne pada 14 Februari ini, hanya enam pelumba akan dipilih menyertai LTdL yang akan berlangsung dari 22 Febuari hingga 1 Mac, manakala bakinya mengambil bahagian dalam Le Tour de Filipinas bermula 18 hingga 21 Februari.

Dalam pada itu, Farhan berharap TSG terus mencipta nama dipersada antarabangsa dalam sukan berbasikal.

“Pada tahun lepas, pasukan kami telah menaiki 29 podium dan ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan.

“Sekarang pasukan kami berada tempat keempat Asia dan untuk tahun ini kami akan tingkatkan lagi prestasi dengan menyasarkan 30 podium,” katanya.

No comments: