Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TRT Nekad Muncul Juara Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2



Barisan pemain TRT yang akan memulakan perlawanan pertamanya pada 11 Februari ini di Jerantut, Pahang. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.


Pasukan Ragbi Terengganu (TRT) meletakkan sasaran muncul sebagai juara Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2 sekali gus mara ke divisyen 1.

Ketua jurulatih pasukan tersebut, Izaimi Zainuddin berkata persiapan sudah dilakukan sejak 12 Januari lalu termasuk mengadakan dua perlawanan persahabatan sebelum melakukan penampilan sulong pada liga berkenaan.

“Seramai 36 pemain telah dipilih untuk menghadapi Liga Ragbi Malaysia Divisyen 2 ini dan sepanjang tempoh sebulan ini kita telah mengadakan dua perlawanan persahabatan menentang dengan Kota Bharu RC dan Bidong Broccoli Rugby Club.

“Hasilnya kami mencapai satu seri dan satu menang dan ini menampakkan keyakinan untuk menghadapi perlawanan pertama menentang Jerantut Rainforest RC pada 11 Februari ini di Jerantut, Pahang,” katanya.

Izaimi

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Jersi Pasukan Ragbi Terengganu di Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Kuala Nerus.

Tambah Izaimi, Persatuan Ragbi Negeri Terengganu (PRNT) telah bersetuju untuk tidak menggunakan pemain import dalam saingan liga tersebut kerana yakin bahawa pemain sedia ada mempunyai potensi tinggi untuk muncul sebagai juara.

“Kebanyakan daripada pemain TRT adalah bekas pemain bawah 18 tahun untuk pasukan negeri di Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSN) dimana kita telah menjadi johan pada 2016 dan naib johan pada tahun lepas.

“Disamping itu, dua pemain pasukan kami iaitu kapten Abdul Latif Said dan Muhammad Khairul Nor Azmi telah mewakili Malaysia dalam dua kejohanan antaranya Kejohanan Ragbi Asia bawah 19 di Universiti Putra Malaysia,” katanya.


Mengulas lanjut, Izaimi berkata beberapa pasukan dijangka akan memberi saingan sengit kepada TRT dalam divisyen 2 tersebut.

“Saingan pertama sudah tentu Jerantut Rainforest Rugby Club kerana pasukan ini telah beraksi dalam Kejohanan Ragbi Antara Kelab Kebangsaan pada tahun lepas dan seterusnya adalah pasukan ATM Navy Orca yang juga menjadi pasukan kegemaran untuk menjuarai divisyen 2 ini,” katanya.

No comments: