Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tindakan Undang-Undang Bakal Diambil

Ceiba Chodatii yang ditanam di Pusat Pentadbiran Kuala Nerus.

Tindakan undang-undang berkemungkinan bakal diambil oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ke atas mereka yang menularkan isu berkaitan pembelian pokok jenis Ceiba Chodatii di Kuala Nerus yang dikaitkan dengan dirinya.

Ahmad Razif berkata, beliau sendiri tidak tahu mengenai isu pokok tersebut sehinggaianya menular di media sosial.

Katanya, penjelasan mengenai pokok tersebut akan diperolehi dalam masa terdekat berikutan masih ramai pegawai yang sedang bercuti.

“Dalam soal ini, bukan saya yang menguruskannya tetapi jabatan berkaitan pembangunan di Kuala Nerus dan apabila saya dapat maklumat, tiada arahan pun dan tidak termasuk dalam kontrak untuk pihak kontraktor menyediakan pokok tersebut.

“Saya juga mendapat makluman bahawa pokok ini adalah sumbangan.Saya belum mendapat penjelasan sepenuhnya kerana masih ramai pegawai yang sedang bercuti,” katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya ke Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu.

Tambah Ahmad Razif, buat masa sekarang pihak perundangan telah mengkaji apa tindakan yang perlu dilakukan.

“Nama saya telah dikaitkan dan menjadi tular dan saya dah minta pihak di bawah perundangan untuk mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

No comments: