Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

THT Genggam Juara Piala TNB Kali Keempat Berturut-turut




Pasukan Hoki Terengganu (THT) terus melakar sejarah apabila berjaya menjulang Piala TNB buat kali keempat berturut-turut selepas menewaskan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) 5-4 menerusi penentuan penalti pada aksi final malam tadi.

Dengan kemenangan itu, THT mengubat kekecewaan apabila gagal muncul johan Liga Perdana sekali gus mempertahankan gelaran juara berganda yang turut dimenangi sejak 2014.

Pada aksi final berkenaan, penentuan penalti terpaksa dilakukan apabila kedua-dua pasukan terikat 4-4 sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tun Razak, Kuala Lumpur itu menyaksikan KLHC terlebih dahulu membuka jaringan melalui Anton Poul Fritz Ebeling pada minit kesembilan.

Tiga minit berselang, skuad kendalian Sarjit Singh menyamakan kedudukan menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun.

Bersambung suku kedua, Muhammad Razie Abdul Rahim meletakkan KLHC kembali dihadapan pada minit ke-19.

Pada minit ke-25, KLHC terus mara apabila Ebeling berjaya menundukkan penjaga gawang THT, Muhamad Hazrul Faiz Ahmad Sobri melalui pukulan sudut penalti.


Namun demikian, THT kembali bangkit di suku ketiga perlawanan sekali gus menyamakan kedudukan hasi daripada pukulan sudut penalti yang disempurnakan oleh Jang Jonghyun pada minit ke-35 dan 49.

Melihat kebangkitan THT, KLHC sekali lagi menjarakkan diri nelalui Mohd Syamim Mohd Yusof menerusi penalti stroke pada minit ke-53.

Bagaimanapun, kegembiraan KLHC tidak bertahan lama apabila THT sekali lagi menyamakan kedudukan menerusi Nicolas Enrique Della Torres enam minit kemudiaan menyebabkan kemenangan terpaksa ditentukan melalui penentuan penalti.

Kemenangan kali keempat tersebut membolehkan THT membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, piala iringan serta medal.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut sama berkongsi detik gembira itu dan menyampaikan hadiah kemenangan kepada pasukan negeri berkenaan.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.

No comments: