Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Tidak Akan Jual Kepentingan YIT Dalam FGV


Kerajaan negeri tidak akan menjual kepentingan yang dimiliki Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam Felda Global Venture Holding Berhad (FGV) walaupun didesak oleh segelintir pihak.
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata YIT sudah menjana keuntungan lebih RM100 juta sejak terlibat dengan pelaburan dalam FGV dan memperolehi dividen pada setiap tahun.

Katanya, buat masa ini, tiada keperluan kerajaan negeri untuk menjual kepentingan itu memandangkan ia adalah aset dan pelaburan yang boleh membantu generasi akan datang.
"KIta bersedia memberi masa kepada pengurusan baharu (Felda) untuk memulihkan syarikat itu. Walaupun kita tak jual saham itu kita akan dapat dividen setiap tahun, kita juga ada keyakinan berdasarkan perubahan dari segi pengurusan syarikat itu. Jadi, tiada keperluan untuk jual, kita akan simpan dan tidak akan jual saham itu.
“Tambahan pula, pelaburan itu tidak melibatkan duit kerajaan, ia adalah keuntungan daripada pelaburan YIT sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.


Ahmad Razif berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas Pusat, Naraza Muda yang meminta Kerajaan Terengganu menjual semua kepentingan dalam FGV bagi mengurangkan risiko kerugian lebih besar.
Menurut Ahmad Razif, kerajaan negeri tetap dengan pendirian dan tidak akan menurut langkah agensi lain yang menjual saham berkenaan.
“Bagi saya menjual saham itu ketika era pemulihan syarikat itu bukan sesuatu yang bijak sebab kita (YIT) melabur daripada keuntungan kita sendiri iaitu daripada keuntungan saham yang lepas, bukan pinjaman atau menggunakan dana kerajaan negeri,” katanya.

No comments: