Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Perkenal Insentif Subsidi Rumah RM40,000 Bawah Program TerengganuKu

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika berucap di Majlis Ucap Negeri di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh: Zulkifli C.W Putra

Kerajaan negeri memperkenalkan insentif pengurangan harga jualan pangsapuri dengan pemberian subsidi sebanyak RM40,000 di bawah program TerengganuKu bagi menggalakkan belia di bawah umur 40 tahun yang sudah berumahtangga untuk memiliki rumah pertama.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif itu melibatkan 407 unit Pangsapuri Ladang Tok Pelam di Kuala Terengganu dan 144 unit Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh di Kemaman.

“Tawaran ini untuk membantu orang muda mempunyai aset di kawasan yang strategik. Di Ladang Tok Pelam, harga asal pangsapuri adalah sekitar RM225,000 hingga RM248,000 bergantung kepada aras dan pemandangan.

“Tetapi, selepas pemberian subsidi sebanyak RM40,000 harga yang ditawarkan untuk pembelian unit pangsapuri di sini hanyalah pada harga RM185,000 seunit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ucap Negeri 2017 di Dewan besar, Wisma Darul Iman, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Mohd Zubir Embong.


Katanya, bagi syarat pelaksanaan kaedah sewa beli Pangsapuri Ladang Tok Pelam, kerajaan negeri bersetuju mengurangkan kadar sewa dengan kaedah baharu iaitu tempoh empat tahun dengan kadar sewa dikenakan sebanyak RM550 sebulan (termasuk bayaran sewa sebanyak RM350 dan bakinya bayaran penyelenggaraan).

Menurut Ahmad Razif, setelah diberi subsidi dengan jumlah yang sama, harga jualan untuk Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh juga telah menurun kepada RM157,000 seunit berbanding harga asal RM197,000.

Katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri pemilik projek  Pangsapuri Ladang Tok Pelam melantik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) selaku agen pemasaran kepada projek ini yang memainkan peranan dalam menguruskan proses jual beli sehingga kepada penubuhan badan pengurusan pangsapuri.

No comments: