Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Kekal Terbaik STPM 2016

Sebahagian pelajar cemerlang STPM 2016 bersorak kegembiraan selepas mendapat keputusan itu di SMK Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Terengganu mengekalkan kecemerlangan sebagai negeri terbaik dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016 untuk kali ketiga berturut-turut.


Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 2,254 calon STPM 2016 mencapai kejayaan cemerlang dan Terengganu merekodkan 2.85 Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) mengatasi PNGK nasional 2.71.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, seramai 70 calon mendapat semua A berbanding tahun lepas seramai 50 orang.


"Keputusan keseluruhan negeri menunjukkan dari segi prestasi sekolah, sebanyak 39 daripada 47 sekolah di negeri ini mengatasi PNGK kebangsaan 2.71.

"Malah, apa yang amat membanggakan seorang calon kita, Siti Zubaidah Ismail yang juga anak penoreh getah dari SMK Bukit Payong, Besut tersenarai antara pelajar terbaik Malaysia.

"Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu pula muncul sekolah terbaik Terengganu dengan PNGK minimum 3.27 ," katanya ketika mengumumkan keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin dan Pegawai Pembangunan Dungun, Dato' Din Adam.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti  Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, di  Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. 

Ahmad Razif memberitahu, Kemaman muncul sebagai daerah terbaik bagi pencapaian semua A dan Besut pula mendapat semua Prinsipal.

Beliau juga mengucapkan tahniah juga kepada Pejabat Pendidikan Marang kerana terbaik dalam pencapaian minimum PNGK iaitu 2.93 dan keseluruhan warga pendidik yang berkerja keras memastikan Terengganu sentiasa muncul sebagai negeri terbaik seluruh Malaysia.

Tambahnya, dengan kejayaan tersebut, insentif segera diberikan kepada kesemua peajar yang memperolehi keputusan cemerlang itu.



Katanya, kerajaan negeri membelanjakan hampir RM100,000 untuk 70 pelajar yang memperolehi semua A bagi STPM 2016 itu.

"Bagi 15 orang pelajar yang memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, mereka diberikan komputer riba. Manakala 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- mereka diberikan tablet.

"Insentif-insentif lain akan diumumkan selepas ini di mana seperti sebelumnya RM500 automatik akan diberikan kepada mereka di atas kejayaan yang dicipta.

Selain itu juga kerajaan negeri katanya akan memutuskan insentif kepada Siti Zubaidah dan sekolah-sekolah terbaik serta Pejabat Pelajaran Daerah terbaik, tidak lama lagi.

No comments: