Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Mahu Bangunkan Universiti Sukan Pertama Negara

Ahmad Razif bersama Khairy bergambar dengan sebahagian peserta Dialog TN50 Zon Pantai Timur, di UiTM Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Terengganu berhasrat menawarkan tapak di Taman Ilmu Tembila, Besut untuk dijadikan lokasi pembinaan universiti sukan pertama di negara ini.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat pendidikan yang sedang giat dibangunkan itu amat esuai bagi merealisasikan hasrat itu berikutan sudah dilengkapi bangunan dan kemudahan infrastruktur yang serba kondusif.

“Lagipun kita sudah mempunyai sekolah sukan, jadi elok benar kalau kita ada universiti sukan pula. Kalau Yang Berhormat Khairy Jamaluddin hendak, maka esok kita boleh isytiharkan dan jumpa semula kerana saya mahu menawarkan (Taman Ilmu) Tembila, Besut sebagai universiti sukan pertama di Malaysia,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Zon Timur di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, malam tadi.

Hadir sama,  Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Sebelum itu, peserta dialog, Mohd Rafi Kori, 37, dari Kuala Terengganu, mengutarakan cadangan pembinaan universiti sukan pertama itu di Terengganu sekali gus mendapat respon positif kedua- dua pemimpin yang menjadi moderator bersama menjayakan sesi itu.


Sementara itu, Khairy pula menyambut baik tawaran Menteri Besar serta mahu membawa cadangan itu ke perhatian Kementerian Pengajian Tinggi.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Menteri Besar dengan tawaran yang amat baik itu dan memang menjadi satu hasrat kita (KBS).

“Tiada masalah kepada kita untuk mewujudkan universiti sukan ini dan saya amat bersetuju kerana daripada dahulu kita menginginkan sebuah universiti sukan. Jika ada tawaran tanah daripada kerajaan negeri, bagaimanapun untuk pembinaan perlulah daripada Kementerian Pengajian Tinggi,” katanya.

Siri jelajah dialog TN50 yang diketuai Khairy itu digerakkan ke setiap negeri bermula Jumaat lalu dengan Sabah menjadi lokasi pertama diikuti kedua di Terengganu, Johor (3 Mac), Perak (8 Mac), Sarawak (11 Mac) dan seterusnya negeri lain yang akan ditetapkan masa kemudian.

Dialog berkenaan bertujuan mengumpul aspirasi daripada anak muda seluruh negeri dalam pelbagai bidang seperti sukan, pendidikan, pekerjaan, persekitaran, urus tadbir kerajaan, nilai-nilai murni dan kesihatan sebagai hala tuju masa depan negara menjelang 2050.

No comments: