Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Bakal Perkenal Akademi Road To Olimpik



Kerajaan negeri  akan melancarkan 'Akademi Road To Olimpik' bagi membantu atlet-atlet yang terdiri daripada anak-anak Terengganu yang berpotensi ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

'Akademi Road To  Olimpik' ini akan dilancarkan oleh Menteri Besar Terengganu,Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, Dato' Rozi Mamat berkata pihaknya telah mengenalpasti 25 atlet sukan yang akan bernaung di bawah program ini.

"Kita dah kenalpasti mereka ini dan ada yang dalam proses dihantar ke Australia bagi membuat latihan untuk realisasikan impian lahirkan lebih ramai anak-anak Terengganu ke peringkat Olimpik,

"Sebab pada pandangan,kita sudah masuk fasa kejayaan anak Terengganu di peringkat antarabangsa khususnya peringkat Olimpik...peringkat kebangsaan dah biasa menang,"kata Rozi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Karnival Mung Belia Nelang Dan Dialog TN50 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’Tengku Putera Tengku Awang merangkap Adun Kuala Berang.

Seramai  200 orang hadir yang terdiri daripada para belia setempat,mahasiswa,pelajar Kolej Tingkatan Enam,Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO cawangan dalam Parlimen Hulu Terengganu.

Menurut Rozi lagi,kerajaan negeri juga  bersetuju menyediakan peruntukan secukupnya kepada atlet berbasikal yang akan ke luar negara sebagai persediaan dalam 'Road To Olimpik'.

Sementara itu,menyentuh isu atlet paralimpik mendapat insentif kurang daripada atlet sukan normal,Rozi berkata ini mungkin salah faham.

"Walaubagaimana pun diperingkat negeri Terengganu,kita membantu mereka untuk bersama-sama dalam kejuaraan paralimpik di peringkat kebangsaan,

"Kita membantu dari segi penyediaan makan minum dan perbelanjaan-perbelanjaan lain..kita beri peruntukan setiap tahun hampir RM100,000 kepada mereka,

"Termasuklah baru-baru ini bila mereka dapat pingat,kita juga sediakan insentif..mungkin tak cukup bagi pandangan mereka tapi ingin saya tegaskan ini merupakan kali pertama di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu beri insentif kepada atlet paralimpik,"katanya lagi.

Untuk rekod,atlet paralimpik  Mohd Sabki Ariffin, 36,atlet renang dan triatlon meluahkan rasa kecewa dalam satu laporan akhbar baru-baru ini  kerana berdepan dengan layanan kelas kedua.

Selain menyifatkan tidak mendapat bantuan sewajarnya, perbezaan insentif diberikan negeri itu kepada atlet paralimpik turut dipersoalkan.
menjadikan atlet OKU seperti peminta sedekah selain bayaran insentif yang jauh berbeza daripada atlet normal.

No comments: