Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TDM Berhad Perluas Rezab Tanah Sawit

TDM Berhad telah Memeterai Kepala Perjanjian (HOA) dengan Terengganu Incorporated Sdn Bhd untuk mengambil alih kepentingan 42.64 peratus di dalam Ladang Rakyat Terengganu Sdn Bhd.

Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda berkata, cadangan pengambilalihan itu akan meningkatkan pegangan saham semasa TDM di Ladang Rakyat dari 19.12 peratus (yang dipegang melalui anak syarikatnya) kepada 61.76 peratus.

Katanya, Ladang Rakyat mempunyai kawasan ladang kelapa sawit seluas 11,467 hektar di negeri ini dengan putara profil umur pokok 9 tahun.

"Pada masa ini, kawasan kelapa sawit yang ditanam TDM adalah seluas 44,493 hektar dimana 31, 848 hektar berada di Terengganu dan 12, 645 hektar di Kalimantan Barat,Indonesia.

"Pengambilalihan ini secara tidak langsung akan meningkatkan jumlah kawasan penanaman kelapa sawit TDM di Terengganu dari 31,848 hektar kepada 43, 315 hektar," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pemeteraian HOA tersebut di Majlis Pelancaran Model Transformasi TDM Baharu (TTB) yang dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Permai Hotel Kuala Terengganu, hari ini.

Katanya, langkah ini juga akan membantu menurunkan purata profil usia pokok kelapa sawit TDM Terengganu menjadi13.9 tahun daripada 15.4 tahun, dan ianya dijangka akan meningkatkan hasil pengeluaran di masa hadapan.

Menurut beliau, pengambilalihan itu juga selaras dengan hasrat TDM Berhad ke arah matlamat keluasan kawasan tanaman seluas 100,000 hektar.

"Ia juga sesuai dengan matlamat untuk menjadi salah satu pengeluar utama minyak sawit lestari yang diiktiraf dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang).

Dalam pada itu katanya, sempena majlis pelancaran Model Tranformasi TDM, TDM menggariskan rancangan untuk mengembangkan serta meningkatkan kecekapan dalam bidang perladangan juga bahagian kesihatan.

"Penekanan juga diberikan bagi meningkatkan pembangunan modal insan serta penglibatan antara pihak berkepentingan dalam Kumpulan TDM.

"Model ini bertujuan menyokong semua pihak berkepentingan dalam rantaian nilai sawit bagi meningkatkan produktiviti untuk memenuhi matlamat pengeluaran ekonomi, disamping meningkatkan penjagaan ekosistem dan juga memberi faedah kepada kepentingan masyarakat setempat,"ujarnya.

No comments: