Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Syarikat Swasta Sumbang RM200 Ribu Pembangunan Sekolah Orang Asli Sungai Berua




Kementerian Pendidikan Malaysia menerima RM200,000 sumbangan sebuah syarikat swasta melalui Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu(JPNT) untuk pembangunan sekolah perkampungan orang asli di Sungai Berua, Hulu Terengganu.

Syarikat T7 Global Berhad yang beroperasi di Kemaman,Terengganu bersetuju menyumbang bajet bagi pembinaan satu blok bangunan dilengkapi empat bilik darjah dan dua bilik air di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Berua.

Pegawai Pendidikan Daerah,Jalaluddin Ismail berkata, bangunan baru tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac ini akan menyelesaikan dua isu utama di sekolah tersebut.

"Isu pertama, mengenai bilik guru yang selama ini beroperasi di bangunan kantin tanpa dinding kerana pihak sekolah terpaksa mengorbankan ruang bilik guru sebelum ini untuk dijadikan bilik aktiviti murid,

"Selain itu kita  juga akan selesaikan masalah penggabungan kelas..maksudnya selama ini dalam satu kelas ada dua kumpulan murid yang dipisahkan dengan penghadang...jadi apabila siap bangunan ni, masalah tidak lagi timbul,"katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan di SK Sungai Berua, hari ini.




Sementara itu, guru besar sekolah itu, Mohd Noor Zakaria berkata, beliau  bersyukur dengan sumbangan bangunan itu demi pembangunan pendidikan dan kebajikan anak-anak orang asli di sekolahnya.

"Kita ada 88 orang pelajar dan 20 guru serta kakitangan dekat SK Sungai Berua dengan kapasiti dua blok bangunan sahaja yang ada,

"Sudah dua tahun kita menggunakan ruang terbuka di kantin sebagai bilik guru...bayangkan kalau hujan ribut..memang susah kami bekerja tapi demi murid di sini,kami teruskan perjuangan mendidik.

"Tapi apabila siap bangunan baru nanti, para guru akan lebih selesa di samping banyak masalah sebelum ni akan diselesaikan termasuk keperluan kelas untuk makmal, bilik khas,perpustakaan dan sebagainya yang perlu ada di sekolah," katanya lagi.

No comments: