Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SUK Diberi Taklimat Pembangunan Baru Marang

Wan Nawawi serta rombongan bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Marang melaungkan slogan yang dibawa oleh beliau, 'Be Better, Work Together'. Foto oleh Zulkifli Putra.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menamatkan siri lawatannya yang keempat di Pejabat Daerah dan Tanah Marang, semalam.

Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin tersebut, beliau telah diberikan taklimat tentang pembangunan yang akan dan sedang dijalankan di daerah itu.

Zainal Abidin

Taklimat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Marang, Zainal Abidin Mohamed itu merangkumi projek pembangunan Bandar Baru Bukit Kor, pembinaan projek silika Jambu Bongkok, hospital baharu, Taman Rekreasi Pulau Kekabu dan lain-lain.

Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan serta mendengar permasalahan dan juga pandangan daripada pegawai serta kakitangan kerajaan negeri.


Wan Nawawi memulakan siri lawatan yang pertamanya di Hulu Terengganu pada Disember tahun lalu dan akan meneruskan empat daerah terakhir iaitu di Dungun, Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Setiu.

No comments: