Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

STPM 2016 : Kurang Cemerlang SPM Bukan Halangan Cipta Kejayaan

Maizatul menerima insentif segera berupa komputer riba dari Ahmad Razif. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang kurang memberangsangkan bukan penghalang bagi Nik Nur Maizatul Akhmal Nik Li, 19 untuk mencabar diri menjadi seorang daripada pelajar cemerlang Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.

Maizatul dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Payong, Marang merupakan antara 15 calon pelajar terbaik STPM di Terengganu yang memperolehi semua A penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Pengajian Am, Sejarah dan Geografi.

Anak ketujuh daripada 10 beradik itu berkata, walaupun keputusan SPM dua tahun lalu kurang cemerlang, namun bukan alasan menyerah kalah sebaliknya berusaha bangkit untuk menyambung pelajaran pra universiti demi membantu mengubah nasib keluarga yang serba kekurangan.


"Dalam SPM, saya hanya mendapat 4A dan 5B. Jujur saya memang rasa rendah diri tetapi emak selalu pesan hanya kita yang boleh ubah nasib kita. Kami bukan orang senang.

"Ayah meninggal lima tahun lepas, emak hanya suri rumah, jadi perbelanjaan keluarga selama ini banyak dibantu empat orang abang yang bekerja kilang dan mekanik," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan STPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Intan Zaharah, Dungun, hari ini.

Dalam majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut menyampaikan insentif segera kepada pelajar cemerlang STPM negeri Terengganu.


Seramai 70 orang pelajar menerima keputusan semua A bagi STPM 2016 dan 15 daripadanya memperolehi keputusan semua A penuh dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00.

Kerajaan Negeri turut membelanjakan hampir RM100,000 sebagai insentif kepada pelajar cemerlang STPM.

Bagi 15 pelajar yang memperolehi keputusan semua A Penuh, mereka menerima komputer riba manakala bagi 55 lagi pelajar yang memperolehi semua A termasuk A- menerima tablet dari kerajaan negeri.

No comments: