Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

STPM 2016 Buktikan Anak Terengganu Cemerlang- A. Latiff

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang (kiri) bergambar kenangan dengan Siti Zubaidah dan ibu bapanya selepas pelajar terbaik STPM Malaysia itu  menerima anugerah yang disampaikan Menteri Pendidikan, Dato'Seri mahdzir Khalid, di  Hotel The Everly Putrajaya, hari ini. 
Add caption

Kejayaan anak Terengganu dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016, yang diumumkan hari ini, membuktikan bidang pendidikan negeri sentiasa berada di tahap terbaik.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata kejayaan 2,254 calon STPM 2016 yang memastikan Terengganu muncul negeri terbaik untuk kali ketiga berturut-turut itu mampu merekodkan sejarah buat negara dan sinonim sebagai Negeri Anjung Ilmu. 

Katanya, prestasi sebagai negeri terbaik peringkat kebangsaan dengan mencatat Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 2.85 mengatasi PNGK nasional 2.71 sesuatu yang tidak mudah dicapai melainkan hasil usaha dan kerja keras semua warga pendidik.

“Daripada jumlah itu, seramai 15 calon memperoleh Semua A penuh (PNGK 4.0), 55 memperoleh semua A (2.44 peratus), 5 Prinsipal dan 4 Prinsipal pula seramai 1,785 (79.19 peratus). Seramai 2,248 (99.73 peratus) lulus penuh.

“Sebanyak 39 daripada 47 buah sekolah mengatasi gred minimum PNGK nasional dengan sekolah-sekolah di kawasan bandar mencatat purata PNGK 2.84 manakala di luar bandar 2.85,”katanya kepada Teganukita, hari ini.

Menurutnya, Sekolah Menengah Agama Atas Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu muncul sebagai sekolah terbaik negeri dengan PNGK minimum 3.27,  manakala calon dari SMK Bukit Payong Besut, Siti Zubaidah Ismail tersenarai antara pelajar terbaik di peringkat negara.


“Manakala Daerah Marang berjaya mendahului tempat pertama dengan  PNGK 2.93, diikuti Besut  2.91. Daerah Kemaman pula muncul sebagai daerah yang terbaik bagi pencapaian semua A dan Daerah Besut terbaik dalam mendapat semua Prinsipal,”katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik seluruh Terengganu dan juga Pejabat Pendidikan Daerah Marang dengan kejayaan membangggakan itu.

"Pada masa yang sama, tidak lupa juga kepada pemimpin utama negeri, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, seluruh tenaga pengajar dan pendidik serta ibu bapa saya mahu merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kerana berjaya memastikan kecemerlangan anak-anak kita hari ini,"katanya.



No comments: