Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SKMM Bantu Kenalpasti Menara Haram



Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedia berbincang dengan kerajaan negeri Perak mengenai isu pembinaan hampir 3,000 menara telekomunikasi haram seperti yang didakwa dalam masa terdekat.

 Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, pihaknya akan membantu mengenal pasti menara-menara yang dibina secara haram di Perak.

Katanya lagi, pembinaan secara haram ini bukan sahaja berlaku di Perak tetapi juga beberapa negeri lain termasuk di Terengganu.

Menurut Jailani, walaupun beliau tidak pasti daripada mana jumlah yang dinyatakan oleh kerajaan negeri Perak namun mengikut statistik lebih kurang 1500 yang terdapat di Perak adalah menara yang sah.

 "Tetapi pihak SKMM tetap tidak akan berkompromi terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang bina menara tanpa kelulusan. Ini kerana ada proses untuk pembinaan ini...pertamanya mana-mana syarikat yang ingin bina menara,ia perlukan lesen daripada SKMM.

"Keduanya, kita telah wujudkan satu agensi teknikal di mana pihak SKMM adalah bersama dan pembinaan menara haruslah memakai garis panduan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sedia ada di mana SKMM yang beri cadangan dan kata putusnya di berikan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan kerajaan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Banjir di Dewan Budiman,Kampung Bukit Kepah.

Dalam majlis tersebut, seramai 240 mangsa banjir daripada Kampung Kepah dan Kampung Tengkawang dan 28 pesara Angkatan Tentera Malaysia yang terlibat dalam bencana banjir menerima bantuan kit banjir daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan( FAMA).

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.

Menurut Jailani, semua pembinaan menara telekomunikasi juga perlu membayar satu caj kepada PBT sebelum menara-menara itu dapat dibina.

Sementara itu,mengenai gangguan perkhidmatan mudah alih yang sedang berlaku sekarang hingga Jun 2017 nanti, Jailani meminta para pelanggan supaya bersabar untuk kadar liputan lebih baik.

"Buat masa sekarang SKMM bersama pihak Telco sedang menaiktaraf dari 2G kepada 3G dan 3G kepada 4G di seluruh negara dan ini akan ambil masa sedikit kerana proses ini harus menjalani satu teknikal,"katanya lagi.

Untuk rekod, penyedia perkhidmatan selular mudah alih sedang melaksanakan pemindahan spektrum di jalur 900 MHz dan 1800 MHz secara berperingkat di seluruh negara bermula September 2016 hingga Jun 2017.

Proses pemindahan spektrum ini akan membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan mudah alih yang terkini kepada para pelanggan.

No comments: