Saturday, 25 February 2017

Shahrul Kekal Terbaik Saingan Peringkat Keempat

SHARE
Shahrul dinobatkan sebagai Pelumba Terbaik Malaysia untuk pusingan keempat. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Saingan Le Tour de Langkawi (LTdL) peringkat keempat dari Seri Manjung- Cameron Highland terus menyebelahi pelumba sandaran Terengganu Cycling Team (TSG), Mohd Shahrul Mat Amin.

Shahrul berada pada kelas tersendiri untuk mempertahankan rekod Pelumba Malaysia Terbaik dengan catatan masa keseluruhan 15 jam 33 minit dan 38 saat.

Dalam perlumbaan sejauh 174.4 kilometer tersebut, TSG terpaksa melakukan kayuhan tanpa kehadiran Mohd Hariff Salleh berikutan kecederaan yang dialami dalam pusingan kedua.

Seramai 108 pelumba dari 19 pasukan beraksi di LTdL 2017 yang bermula 22 Februari sehingga 1 Mac nanti membabitkan lapan peringkat perlumbaan sejauh 1,222 km.
SHARE

Author: verified_user

*Mohd Syazni Zainudin
*Unit Komunikasi Terengganu (Ukom)
*Kuala Terengganu
*Journalist

0 komen: