Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sentuhan Kraf Ismawati Dapat Permintaan Ramai


Menghasilkan aneka kraf menggunakan songket, batik dan anyaman memang sukar, namun jika ada kemahuan serta bakat semula jadi, semuanya pasti menjadi mudah.

Seorang pengusaha kraf, Ismawati Ismail, 43, bertekad untuk menceburi bidang yang jarang diceburi golongan muda itu dengan memfokus kepada pembuatan barangan kraftangan daripada songket, batik dan anyaman mengkuang kerana dilihat berpotensi memberi pulangan lumayan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Mengimbau detik permulaan menceburi bidang kraf kira-kira sebelas tahun lalu, Ismawati berkata, dia mempelajari cara-cara menghasilkan barangan kraf dan seni anyaman seperti beg, kotak tisu, bakul, tudung saji, barang perhiasan dan pelbagai lagi selama setahun setengah di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Terengganu.

Setelah yakin produk berasaskan aneka kraf berpontensi dan bernilai untuk dikormesialkan, suri rumah yang suka akan cabaran itu membuat keputusan membuka bengkel menghasilkan pelbagai barangan kraf yang unik dan cantik serta boleh dijadikan cenderamata mahupun barangan perhiasan rumah.

Katanya, kesemua produk yang dihasilkannya dipasarkan di seluruh negara termasuk mendapat permintaan tinggi daripada Kuala Lumpur.


“Harga barangan kraf yang dijual kepada orang ramai adalah mengikut saiz iaitu bermula harga bawah RM10 sehingga mencecah ribuan ringgit dan bergantung kepada kualiti serta tahap kesukaran membuatnya.

“Ia dihasilkan berdasarkan tempahan dan kebiasaannya untuk dijadikan cenderahati majlis perkahwinan, hadiah kepada tetamu kehormat dan sebagainya,” katanya kepada Teganukita ketika ditemui pada lawatan 30 ahli Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu yang diketua pengerusinya, To’ Puan Anis Hamid di bengkel milik wanita berhati kental itu di Taman Perumahan Sungai Kerak, Marang.

Katanya, permintaan untuk produk yang dihasilkan sentiasa diterima dari semasa ke semasa termasuk oleh golongan atasan.

Ismawati turut mengupah antara 7 hingga 10 pekerja dari kalangan siswazah dan ibu tunggal bagi menyiapkan tempahan berdasarkan kuantiti yang diingini pelanggannya.

 “Secara puratanya, dalam masa sebulan saya memperoleh pendapatan yang agak memberangsangkan berbanding antara RM2,000 hingga RM3,000 di awal pembabitan.

“Alhamdulillah, perusahaan kraf ini sedikit sebanyak menambah pendapatan keluarga dan seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga saya ke arah lebih selesa sekali gus membantu penduduk setempat,” ujar ibu kepada tiga anak ini yang pernah menerima tempahan sehingga 13,000 unit dalam satu masa.

No comments: