Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia RM171.4 Juta Salur Bekalan Air Bersih Kepada Penduduk Luar Bandar


Sebanyak RM171.4 juta diperuntukan sepanjang tahun ini bagi menyediakan kemudahan bekalan air bersih bagi keperluan penduduk luar bandar di Semenanjung.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Dr Ahmad Jailani  MuhamedYunus berkata, sebahagian peruntukan itu  disalurkan bagi pelaksanaan projek sistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh negara, tidak termasuk Sabah dan Sarawak.

Beliau memberitahu, pada tahun ini, kementeriannya menyasarkan kira-kira 1,000 buah rumah
mendapat manfaat daripada sistem Retikulasi seumpama itu.


Manakala sepanjang tahun lalu, jelas beliau, sejumlah RM58 juta diperuntukkan bagi penyediaan
sistem Retikulasi bekalan air di kawasan luar bandar di seluruh Semenanjung yang melibatkan
1,042 buah rumah.

"Untuk projek tahun lalu, sistem Retikulasi ini telah mula dilaksanakan pada pertengahan tahun
lalu di kawasan luar bandar di Semenanjung sahaja dan sehingga kini, hampir 97 peratus siap
untuk dimanfaatkan," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Projek Sistem
Retikulasi Bekalan Air Luar Bandar Negeri Terengganu dekat sini hari ini yang disempurnakan
oleh Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri
yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, A. Latiff Awang.


Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin; Pegawai
Kemajuan Negeri, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Datuk Nik Nasarudin
Mohd. Zawawi dan Pengurus Kanan, Perancangan dan Pembangunan Syarikat Air Terengganu
Sdn. Bhd. (Satu), Ir. Mohd. Zukri Senik.

Dalam pada itu, A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkalan Berangan
berkata, kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kementerian
berkenaan atas keprihatinan menyediakan kemudahan bekalan air bersih kepada penduduk luar
bandar di Terengganu.

Beliau memberitahu, tahun lalu, sebanyak 426 keluarga yang membabitkan 26 buah kampung di
kawasan pedalaman negeri ini menikmati kemudahan sistem Retikulasi melibatkan peruntukan
berjumlah RM4.2 juta.

"Di sekitar Marang saja, sebanyak 139 keluarga dari lima buah kampung telah mendapat manfaat
daripada sistem Retikulasi ini yang diusahakan oleh KKLW (Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah) dengan kerjasama Satu," ujarnya.

No comments: