Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sedia Peruntukan RM40,000 Untuk Mangsa Kebakaran Di Kg Bukit Apit





Kerajaan negeri akan meluluskan peruntukan bina baru rumah RM40,000 kepada mangsa kebakaran di Kampung Bukit Apit,Ajil,Hulu Terengganu dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri,Ghazali Taib berkata,peruntukan itu akan diluluskan segera memandangkan rumah warga emas tersebut musnah hampir 100 peratus dalam kebakaran semalam.

"Sebagai langkah drastik,saya mohon pihak Majlis Daerah dan Pejabat Daerah Hulu Terengganu membersihkan rangka rumah dan kawasan sekitar tujuannya untuk menghilangkan rasa trauma mangsa dan keduanya memudahkan pembinaan rumah baru nanti,

"Seterusnya, saya juga akan minta pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu( MAIDAM) untuk beri beberapa bantuan yang perlu dalam menunggu rumah baru tersebut siap..ini saya akan bincang sendiri dengan pihak Baitulmal nanti."kata Ghazali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Bukit Apit,Ajil hari ini.

Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil meminta Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk melihat keperluan mangsa ini termasuk kelulusan segera bantuan warga emas setiap bulan untuk kos sara hidup.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Norazmy Adenan yang dihubungi berkata sebaik sahaja pihaknya mendapat laporan kejadian tersebut,beberapa kelulusan telahpun dibuat serta merta.

"Antaranya Tabung Bantuan segera (TBS) ,bantuan keperluan harian kepada mangsa (Pakaian, kelengkapan dan makanan) dan bantuan warga emas sebanyak RM300.

"Ini termasuklah bantuan mengurangkan trauma dengan menghantar Pegawai Psikologi bagi sesi intervensi krisis kepada mangsa."kata Norazmy.



Peah Mamat,82,sedang berehat di tangga rumahnya ketika berlaku letupan disusuli kebakaran dalam kejadian tersebut jam 12.50 tengahari semalam.

Anak mangsa ,Zaharah Mamat yang melihat asap tebal  segera menyelamatkan ibunya dengan membawa ke rumahnya yang bersebelahan tempat kejadian.

"Letupan sangat kuat dan api cepat marak...hanya sempat selamatkan mak saje tapi gagal selamatkan barang dalam rumah...hanya sehelai sepinggang."kata Zaharah.

Sementara itu, Peah yang kelihatan masih lagi trauma hanya mampu menangis setiap kali ditanyakan soalan.

"Mak cik masih rasa sedih tengok rangka rumah kerana ini lah sahaja harta peninggalan yang mak cik ada..semua habis terbakar termasuk duit dan barang kemas,

"Nak tidur pun tak boleh sebab bila pejam je mata ..nampak api...takut tu masih belum hilang lagi,

"Rasa terharu sangat bila wakil rakyat mari tengok sendiri dan tolong bagi rumah baru pulak..terima kasih banyak-banyak cikgu Ghazali."kata Peah dalam tangisan.

No comments: