Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

PSKT Sasar Terima 200 Ribu Pengunjung Tahun Ini



Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) menyasarkan lebih 200,000 masyarakat, terutama pelajar  dan golongan belia  mengunjungi pusat sains  terbesar di Malaysia itu  sepanjang tahun ini berbanding kira-kira 120,000 pengunjung tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif, Prof Madya Dr Wan Nor Liza Mahadi berkata, sasaran itu dilihat wajar kerana sejak dibuka pada April tahun lalu,  PSKT mampu mencatatkan jumlah pengunjung yang agak membanggakan.

Katanya, pelbagai aktiviti dirancang untuk menarik minat orang ramai, termasuk menyediakan ruang Scientist Junior, Science Is Awesome, Spark Your Reativit, Stemec dan pameran berasaskan sains dan teknologi.

“Pendorong terbesar kedatangan  pengunjung ke PSKT, dengan adanya Pameran Dinotrek2  yang dianjurkan selama enam bulan  bermula awal pembukaan pusat ini sebelum dilanjutkan sehingga akhir Mac nanti.


“Kesinambungan daripada Dinotrek2 itu, PSKT bersetuju merancang pelbagai aktiviti dan pameran bermusim lain yang akan bekerjasama melalui universiti dan syarikat korporat ternama lain,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Kunjung Hormat   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan Negeri, A Latif Awang Ke PSKT, Kampung Laut Chendering, semalam.

Sementara itu, A Latif memberitahu, dia berharap PSKT bijak merancang pelbagai aktiviti dan program menarik sekiranya mahu pusat itu terus dikenali di mata masyarakat di negara ini.

“Kerajaan mencadangkan agar PSKT turut mengadakan program kolaborasi bersama syarikat terkemuka di negara ini, seperti yang dilaksanakan bersama Petrosains menganjurkan Pameran Dinotrek2 yang masih berjalan sehingga Mac ini,”katanya.
            

No comments: