Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Projek ECRL Beri Impak Ekonomi Kepada Orang Ulu




Hulu Terengganu bakal menerima impak ekonomi secara berterusan susulan pembangunan projek Landasan Keretapi Timur (ECRL)  akan dibina di Kuala Telemong.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’Tengku Putera Tengku Awang berkata projek tersebut kini dalam proses terakhir gerak kerja dan diperhalusi bagi memastikan projek tersebut dapat dilancarkan pada Mei ini sebagaimana diumumkan oleh Menteri Besar Terengganu semalam.

Katanya, Projek ECRL akan menjadi pengubah utama kerana kemudahan ini akan menghubungkan taman-taman industri dan kawasan pertumbuhan utama di Terengganu dan kawasan yang terlibat.

"Ketika ini, kita dah selesaikan masalah jajaran iaitu laluan keretapi dan pemilihan Kuala Telemong sebagai stesen juga adalah tepat dan strategik kerana di situ juga terletak masuk Lebuh Raya Pantai Timur 2," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya Pusat Khidmat Masyarakat OKB,Kuala Berang,hari ini.

Menurut Tengku Putera, budaya kerja untuk menambah pendapatan perlu diserapkan dalam diri terutama golongan belia dan ini merupakan budaya terbaik daripada menghabiskan masa dengan sia-sia.

"Dengan adanya fasiliti ini akan merancakkan lagi ekonomi dan pelancongan di Terengganu termasuk menarik lebih ramai pelabur asing ke negeri ini.

"Saya nampak banyak peluang yang boleh diambil oleh Terengganu terutamanya orang Hulu Terengganu berkaitan dengan pembinaan kereta api laju ini.Orang muda perlu bijak bertindak dan gunakan peluang yang ada untuk tingkatkan pendapatan masing-masing,"katanya.

Untuk rekod,Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) bagi perkhidmatan kereta api laju bermula tahun ini yang menghubungkan Gombak-Dungun-Tumpat dengan belanja kira-kira RM55 bilion.

Projek pembinaan laluan kereta api laju di Pantai Timur sejauh 600 kilometer itu mengikut dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan landasan yang menghubungkan Gombak, Selangor ke Dungun, Terengganu yang bermula tahun hadapan dan dijangka siap pada 2022.

Fasa kedua pula, akan menghubungkan Dungun ke Tumpat, Kelantan dan kesemua projek berkenaan yang melibatkan laluan sejauh 600 kilometer dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.

No comments: