Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Saintis Islam III Platform Capai Impian - Peserta

Seramai 17 pelajar yang terpilih menyertai Program Saintis Islam Terengganu Kohort III 2017, bermula semalam sehingga 2 Mac ini, beriltizam untuk mengikuti program dengan penuh dedikasi dan memanfaatkan ilmu sepanjang program berkenaan.

Azrol
Seorang pelajar, Azrol Azam Zunaini, 18, bekas pelajar Sekolah Imtiaz yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Terengganu, berkata, dia tidak menduga terpilih menyertai program itu dan mahu mengambil peluang yang ada untuk menjadi antara pelajar terbaik.

“Saya bercita-cita mahu menjadi pakar neurologi satu masa nanti dan program ini antara platform terbaik untuk saya mencapai impian itu.

“Saya akan memanfaatkan masa sebulan sepanjang program sekurang-kurangnya meraih ilmu daripada tenaga pengajar dan professional sebelum melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi tidak lama lagi,”katanya.

Seorang lagi pelajar, Balqis Gani, berasal dari Kertih, Kemaman pula sangat teruja terpilih bersama 16 pelajar Imtiaz yang lain menyertai program tahun ketiga itu.

Balqis
“Saya yakin persaingan untuk menempatkan diri dalam kelompok pelajar yang terpilih ini sangat hebat. Ini juga sartu persaingan sihat bagi memastikan pelajar yang terpilih mewakili rakan-rakan nanti adalah di kalangan yang terhebat di antara yang hebat dan itu pasti rezeki dari Allah S.W.T.

“InsyaAllah, kami tidak akan mensia-siakan peluang yang disediakan kerajaan negeri untuk melahirkan golongan bijaksana dan mampu menjadi saintis Islam yang juga hafaz 30 juzuk al-Quran ini,”kata bekas pelajar SMIYT Dungun itu lagi.

Program Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang merasmikan program itu, di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), semalam.

Yayasan Terengganu (YT) akan menaja pelajar yang terpilih daripada program untuk melanjutkan pengajian  dari peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (PhD) dengan perbelanjaan kira-kira RM1.2 juta seorang.

Program berkenaan menggunakan modul khas bertajuk `Saintis Islam: Anjakan Cendekiawan Profesional’ yang dilancar pada Mei  lalu sempena perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2016, bagi tujuan pengajian dengan bimbingan 58 penyelidik dan pensyarah daripada UMT dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).



No comments: