Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Program Combi Bakal Diperluas Ke Seluruh Kampung Di Hulu Terengganu






Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkahlaku (Combi) di bawah Kementerian Kesihatan akan dilaksanakan di semua kampung di daerah Hulu Terengganu dalam masa terdekat.

Pegawai Kesihatan Daerah Hulu Terengganu,Dr. Noriah Mahmud berkata, langkah itu mampu memberi kesedaran terbaik mencegah wabak denggi di kalangan penduduk.

"Combi boleh dilaksanakan dengan kerjasama J3k di setiap kampung bagi memastikan tempat pembiakan nyamuk aedes dapat di hapuskan melalui gotong royong.

"Kesedaran menjaga kebersihan tempat tinggal merupakan perkara asas bagi memastikan kawasan berisiko tinggi pembiakkan nyamuk aedes dapat dihapuskan secara berkesan, "kata Noriah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Gotong Royong Bebas Aedes Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Perkarangan Masjid Kampung Telemong , Hulu Terengganu, hari ini

Majlis tersebut di rasmikan oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu,Azmi Razik.

Sebanyak 16 agensi yang terlibat antaranya ialah Kolej Kejuruwatan,Majlis Daerah Hulu Terengganu,Pejabat Daerah Dan Tanah Hulu Terengganu,Jabatan Kerja Raya,Pejabat Kesihatan dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah.

Kata Noriah lagi,bagi menangani kes demam denggi, penduduk tidak perlu mengadakan gotong-royong setiap masa tetapi setiap penghuni perlu memeriksa tempat berisi air bertakung dalam atau luar rumah.

"Kita akan buat secara berterusan program Combi ini selama tiga minggu berturut-turut di dua zon lagi iaitu Ajil dan Kuala Berang bagi menjayakan misi ini,

"Untuk hari ini sebanyak 17 buah kampung yang terlibat dengan banjir di zon Telemong,kita laksanakan gotong- royong secara besar-besaran dengan bantuan jabatan dan penduduk sekitar."katanya.




Sementara itu,Azmi Razik berkata, peningkatan jumlah boleh didorong oleh sikap masyarakat yang mengabaikan faktor kebersihan dan mengambil mudah tempat-tempat pembiakan aedes.

“Masyarakat tidak hanya boleh mengharapkan kepada pihak kerajaan sahaja untuk membendung masalah denggi ini, sebaliknya perlu ada kesedaran dalam diri mereka.

"Kerajaan boleh berusaha untuk bersihkannya tetapi kerjasama daripada rakyat perlu ada, barulah masalah ini dapat diselesaikan,”  katanya lagi.

Setakat Februari 2017 tiada kes dilaporkan berbanding 60 kes dalam tempoh sama tahun lalu dan 58 kes di laporkan di daerah Hulu Terengganu bermula Januari tahun 2015 dengan satu kematian di bulan Jun  pada tahun tersebut.

No comments: