Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pentadbir Tanah Disaran Semak Status Tanah Bukan Hak Milik

Pihak pentadbir tanah diminta menyemak kembali mana-mana penduduk di Terengganu yang masih menumpang di atas tanah milik kerajaan atau berstatus bukan hak milik.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata kerajaan bercadang  melaksanakan program tanah rentahan yang akan diberikan kepada mana-mana rakyat yang layak dan masih tinggal di tanah  haram itu.


"Sebelum ini kerajaan ada melaksanakan konsep tanah rentahan yang mana akhirnya tanah itu akan diberikan kepada mana-mana yang tinggal di tanah itu dengan syarat mereka menepati segala ciri -ciri yang diperlukan.

"Jadi kita akan laksanakan  konsep sama  kepada rakyat yang masih tinggal di tanah haram ini terutama mereka yang masih tidak memiliki tanah dan tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan,"katanya kepada media selepas Majlis Penyerahan Geran Rumah Kepada Peserta Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Telaga Daing, Seberang Takir, petang semalam.

Ahmad Razif berkata pendekatan itu satu agenda kerajaan menyediakan perumahan kepada rakyat termasuk membantu rakyat yang tidak mempunyai tanah.

"Selain itu, saya juga meminta pentadbir tanah menyenarai tanah dibawah pemilikan kerajaan,tabung warisan atau mana-mana GLC yang mempunyai keluasan  tinggi untuk bangunkan projek perumahan.

"Kita juga akan mengenalpasti dan memohon dengan kerajaan pusat, tanah kerajaan yang masih tidak digunakan bagi mendirikan perumahan bagi membantu rakyat memiliki rumah,"katanya.

No comments: