Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pegawai Kerajaan Terikat Dengan SOP


Dato' Wan Nawawi Wan Ismail

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menegaskan bahawa pegawai kerajaan negeri menjalankan tugas berkaitan pentadbiran dan pembangunan negeri  secara profesional serta mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).

Beliau mengulas demikian berikutan sejak minggu lalu, banyak isu yang diviralkan secara khususnya di Terengganu termasuk pelaburan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dalam pelaburan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) serta pembinaan hotel di kawasan masjid di Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Katanya, perkara itu tidak perlu diperbesar serta diviralkan berikutan pegawai kerajaan yang dipertanggungjawabkan melaksanakan semua urusan dan proses berkaitan adalah di kalangan mereka yang profesional di samping mempunyai kelayakan di bidang masing-masing.

“Contohnya dalam kes FGV, pegawai pelaburan YIT merupakan orang yang telah lama melakukan tugasan itu. Selama ini dialah juga yang menguruskan pelaburan di YIT dengan memberi keuntungan dengan nilai jutaan ringgit jadi bila ada sedikit masalah tidak sepatutnya kita persoalkan kredibilitinya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Kain Rentang Solidariti Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Mengulas isu pembinaan hotel di kawasan masjid pula, Wan Nawawi berkata pegawai-pegawai berkenaan yang memberi kebenaran telah melihat semua isu-isu teknikal dan sebagainya.

Katanya, sebagai penjawat awam, mereka terikat dengan perlaksanaan SOP serta beberapa syarat yang perlu diikuti.

“Jadi, sebarang keputusan yang dibuat, mereka telah mengambil kira bahawa ianya berada dalam landasan yang betul dan tidak perlu dipersoalkan.

“Saya rasa, kita semua perlu faham dengan tugas pegawai kerajaan iaitu adalah memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat,” katanya.

No comments: