Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Orang Ramai Teruja Saksi Perlumbaan LTdL


Penutupan beberapa jalan utama secara berperingkat di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu bagi memberi laluan kepada perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2017 yang membuka tirai kejohanan bermula hari ini, tidak menghalang orang ramai untuk meneruskan aktiviti harian.

Sebaliknya, rata-rata ditemui begitu teruja dan menyambut baik kejohanan memasuki edisi ke-22 yang akan berakhir 1 Mac itu di mana Terengganu menjadi tuan rumah untuk persaingan peringkat pertama dan kedua perlumbaan.

Tinjauan Teganukita di sekitar Dataran Shahbandar mendapati, orang ramai sudah memenuhi kawasan sekitar untuk menyaksikan perlumbaan peringkat pertama yang bermula di Kuala Berang dan berakhir di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu sekali gus memberi sokongan penuh kepada pasukan Terengganu Cycling Team (TSG) yang mewakili negeri ini dalam perlumbaan basikal berprestij itu.

Tinjauan turut mendapati aliran trafik bergerak lancar berikutan pengumuman penutupan jalan telah dikeluarkan terlebih awal dan orang ramai yang hendak menonton pasukan bertanding serta yang mempunyai urusan lain dapat merancang perjalanan.

Zaharah Husin
Seorang pekerja sebuah syarikat pembersihan di bandaraya ini, Zaharah Husin,58, berkata, makluman penutupan jalan yang dibuat lebih awal oleh pihak penganjur lebih memudahkan orang ramai untuk sama-sama menyaksikan acara itu dalam suasana yang lebih selesa.

“Saya sokong apabila pihak penganjur buat cara ini. Bila jalan tutup dan diberitahu lebih awal memudahkan orang ramai yang ingin menyaksikan secara terus LTdL meletakkan kenderaan dan tidak perlu berjalan jauh ke lokasi laluan pelumba, contohnya di sini (Dataran Shahbandar),” ujarnya ketika ditemui Teganukita, hari ini.

Mohamad Taufik Omar
Pemuda dari Kampung Sekayu, Kuala Berang Mohamad Taufik Omar,22, dia tidak sabar untuk menyaksikan acara itu yang sudah pasti memberi pengalaman baru buatnya yang pertama kali berpeluang menyaksikan secara dekat.

“Sebagai rakyat Terengganu, saya berbangga kerana acara ini dimulakan disini lebih-lebih lagi bermula di kampung halaman sendiri.

“Walaupun tidak sempat itu tengok pelepasan peserta di kawasan Pasar Besar Kuala Berang  pagi tadi kerana mempunyai urusan di bandaraya ini, saya akan tunggu sehingga semua pasukan tiba,” ujarnya yang setia menanti pasukan kesayangan ramai, TSG sejak pagi lagi.

Bagi Awang Salleh, 62, dari kampung Sungai Rengas, dia dan keluarganya sangat teruja untuk melihat pasukan TSG beraksi pada perlumbaan LTdL kali ini.

Awang Salleh
“Walaupun sudah biasa melihat kejohanan ini secara dekat, perasaan teruja itu sentiasa ada kerana pasukan negeri kita memang hebat,” ujarnya.

Nur Fatimah Farah
Isteri salah seorang ahli pasukan TSG, Nur Fatimah Farah, 27, berkata, dia mendoakan agar suami dan ahli pasukan lain dapat menaiki podium untuk peringkat pertama dan seterusnya pada kejohanan kali ini.

“Saya dan keluarga sentiasa menyokong dan mengharapkan pasukan TSG terus kekal bersemangat sekali gus dapat mengharumkan nama negeri,” ujar isteri kepada Mohd Harrif Salleh ini.

Difahamkan, perlumbaan peringkat pertama LTdL 2017 bermula di Kuala Berang ke Kuala Terengganu sejauh 124.8 kilometer melibatkan seramai 114 pelumba dari 19 pasukan termasuk TSG.

Manakala bagi perlumbaan peringkat kedua pada 23 Februari akan bermula di Jertih, Besut ke Gerik, Perak dengan kayuhan sejauh 208.1 kilometer.

No comments: