Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MBDHT Anjur Kursus Kemahiran Usahawan Belia



Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) akan menganjurkan kursus kemahiran jangka pendek pada 17 Februari 2017 kepada belia dan beliawanis yang berminat.

Kursus Kemahiran Keusahawanan Belia itu dijalankan dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuala Terengganu.

Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT), Md Nasir Mat Ali berkata tiga jenis kursus kemahiran akan dijalankan pada hari tersebut seperti Kursus Pembuatan Roti Canai, Kursus Pembuatan Mee Kuning & Kuew Teow dan Kursus Asas Pengiklanan Facebook (Online Business). Masing-masing di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu dan di Pusat Internet 1Malaysia, Kuala Berang, Hulu Terengganu,

"Kursus-kursus tersebut akan dijalankan secara hands on (praktikal) dan akan mensasarkan peserta-peserta di kalangan belia dan beliawanis di daerah ini." kata Md Nasir kepada The Iman Tribune/Teganukita, hari ini.

Beliau berkata, objektif mengadakannya adalah untuk membantu menambah kemahiran yang sedia ada di kalangan usahawan dalam industri makanan  dan berusaha melahirkan usahawan belia serta beliawanis di bidang berkenaan di daerah ini.

Kepada yang berminat untuk menyertai kursus ini boleh menghubungi urusetia yang bertugas iaitu Encik Mukhri bin Mamat, 013-5385642 dan Puan Che Ku Maziah di talian 019-9991366 atau boleh menghubung Pejabat Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu di talian 09-6813203.

Setiap peserta akan dikenakan yuran penyertaan serendah RM10 seorang untuk setiap kursus dan penyertaan setiap kursus adalah terhad untuk 30 orang sahaja kecuali Kursus Asas Pengiklanan Facebook hanya dihadkan kepada 20 orang sahaja.

Menurut Md Nasir, pihak MBDHT akan menganjurkan kursus-kursus kemahiran keusahawanan jangka pendek ini secara berkala pada setiap bulan dengan pelbagai lagi jenis kursus yang telah di kenalpasti.

"Pihak kami juga akan bekerjasama dengan beberapa lagi agensi-agensi kerajaan dan swasta yang lain seperti MARA, RISDA dan Empower ECER Hulu Terengganu untuk menjayakan kursus-kursus kemahiran jangka pendek ini,"katanya lagi.

No comments: