Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lawatan SUK Bermanfaat Mantapkan Pentadbiran

Wan Nawawi dalam sesi taklimat bersama ketua-ketua jabatan dalam lawatannya ke Besut di Pejabat Daerah Besut. Foto oleh Harish Fadzilah Kassim.

Program lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri ke setiap daerah banyak memberi idea dan bermanfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri.

Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri ketiga dan terkini di Besut memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.

Tambahnya, pertemuan khas dengan pegawai dan kakitangan kerajaan itu juga memberi peluang untuk beliau menyampaikan pesanan dan harapan beliau dengan lebih berkesan dan tepat kepada sasaran.

"Pertamanya agar mereka menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan kedua, mereka harus saling bekerjasama di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

"Kita cuba menggabungkan kerjasama yang erat antara jabatan persekutuan dan negeri kerana kedua-duanya bertujuan untuk memberi manfaat maksimum kepada penduduk di Terengganu," katanya kepada Teganukita.

Wan Nawawi di Empangan Paya Peda, Besut.

Beliau ditemui pemberita sebelum mengakhiri siri lawatannya yang ketiga di Empangan Paya Peda, Besut, hari ini.

Sementara itu, Wan Nawawi berkata, Empangan Paya Peda yang berfungsi sebagai tebatan banjir adalah satu-satunya prasarana dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Katanya, selain daripada sebagai tebatan banjir, empangan tersebut juga dapat memberi manfaat yang besar kepada penduduk setempat.

"Petani khususnya penanam padi di Daerah Besut juga menerima manfaat melalui pembinaan empangan ini apabila ianya dijadikan tempat takungan air.

"Dan bagi peristiwa banjir yang berlaku baru-baru ini, dengan adanya empangan ini ianya telah dapat mengurangkan kesan akibat limpahan air hujan kerana kawalan di sini (empangan)," katanya

No comments: