Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ketua Jabatan Perlu Bijak Berdepan Dengan Media

Wan Nawawi bersama pengamal media pada Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Ketua jabatan di negeri ini perlu bijak berhadapan dengan media terutama dalam menangani isu tertentu dengan menyampaikan maklumat secara tepat dan berfakta.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, pada masa sama, harus membina hubungan kukuh dan berkekalan dengan pengamal media supaya mudah untuk menyampaikan mesej sekiranya terpalit isu yang kurang disenangi.

Katanya, perkara itu pastinya membuahkan hasil yang positif kerana media merupakan pengantara dalam penyebaran sebarang maklumat antara sesebuah jabatan dengan masyarakat.


“Segala maklumat yang dicatatkan dalam setiap terbitan sama ada secara cetakan, siaran televisyen, radio dan atas talian dapat membantu  memulih imej organisasi berkaitan.

“Tidak wajar menyembunyikan fakta jika perkara yang dikaitkan itu adalah benar, perjelaskan secara terperinci apa yang diragui masyarakat,” katanya.

Menurutnya, sebagai contoh, berkaitan isu  Le Tour de Langkawi (LTdL), kita membangkitkan isu itu kerana mengetahui akan berpihak kepada Terengganu dan tempiasnya juga kepada masyakat setempat.

“Hasilnya hari ini, kita boleh berbangga kerana kejohanan itu sudah mendapat persetujuan penganjur untuk turut melalui laluan Terengganu walaupun tanpa mengeluarkan belanja tinggi,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Program Bicara Media Bersama Setiausaha Kerajaan Negeri anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)  di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Ukom,  Ab. Rasid Jusoh.

Wan Nawawi turut memberitahu, penganjuran program  bulanan seumpama itu sewajarnya dicontohi kerana dapat menampilkan pemimpin, ketua jabatan dan tokoh-tokoh secara berdepan dengan media.

“Mereka boleh mengetengahkan pelbagai isu, mempromosi negeri dan pada masa sama menjernihkan isu yang dibangkitkan masyarakat,” katanya.

No comments: