Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kawat Terima RM100,000 Sempena Majlis MB-Media


Ahmad Razif bersama pengamal media dari pelbagai agensi pada Majlis Ramah Mesra Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri  meluluskan peruntukan RM100,000 kepada Kelab Wartawan Media (Kawat) Terengganu sebagai menghargai  peranan dan jasa pengamal media khususnya lebih 200 ahli kelab itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata peruntukan itu bagi membantu pengurusan kelab dan melancarkan pelbagai aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada pengamal media di Terengganu.

Katanya, dia menyedari golongan itu tidak pernah jemu membantu pelbagai pihak di negeri ini, terutama kerajaan negeri mempromosi Terengganu, membaik pulih imej dan menepis pelbagai isu pihak tidak bertanggungjawab.

"Apa yang disampaikan media melalui pelbagai medium, termasuk media elektronik, terbitan akhbar, siaran radio dan berita dalam talian pastinya membantu memperluaskan fahaman kepada masyarakat.


“Jika pengamal media tidak membantu, agar sukar bagi kerajaan untuk menyalurkan maklumat secara sahih,  menepis tuduhan pembangkang, selain mempromosi Terengganu ke peringkat antarabangsa. Peranan media cukup besar dan bagi menghargai peranan mereka yang terlibat, kerajaan berbesar hati menghulurkan sumbangan RM100,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis YAB Menteri Besar Bersama Media di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, malam tadi.


Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), Dato’ Muda Mamat.

Kira-kira 200 pengamal media dari pelbagai agensi, termasuk Ukom, Radio Televisyen Malaysia (RTM), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Manis FM, TV3 Malaysia, Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.

Ahmad Razif turut memberitahu, dia berharap hubungan baik antara kerajaan negeri dan pengamal media terus berkekalan.



“Saya berhasrat mahu meneruskan program seumpama ini dengan kehadiran suami atau isteri, bertujuan mewujudkan konsep keluarga bahagia, rakyat sejahtera seperti apa yang diterapkan dalam prinsip Transformasi Terengganu Baharu,”katanya.

No comments: