Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Impian Malikie Teruskan Persekolahan Tercapai


Yb Ghazali Sedang Memberi Sokongan Moral Kepada Adik Muhammad Malikie Sambil Diperhatikan Ibunya Hasniah 


Hanya Allah SWT sahaja yang tahu perasaan saya ketika ini bila melihat dia kembali meneruskan pelajaran setelah setahun tidak dapat meneruskan persekolahan kerana ketiadaan sijil kelahiran demikian luahan hati  seorang ibu, Hasiah Ismail.

Ibu kepada Muhammad Malikie Shamsul Rizal, 11,berkata,  apabila melihat keceriaan di wajah anaknya sejak mendapat tahu akan kembali ke sekolah, dia merasa begitu sebak dan gembira kerana hasrat anak kelima itu akhirnya tertunai.

Hasrat kanak-kanak itu direalisasikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dalam memberi kebenaran khusus agar murid berkenaan dibenarkan semula ke sekolah walaupun masih belum mempunyai dokumen.

Muhammad Malikie di lahirkan di Pekan Baru, Riau, Indonesia, ketika Hasiah mengikuti bekas suaminya bekerja di sektor pembalakan sekitar  2004 lalu menghadapi masalah untuk ke sekolah apabila tidak membuat pendaftaran bagi mendapatkan sijil kelahiran anak kerana sedikit masalah yang timbul ketika itu.

"Ketika saya melahirkan Muhammad Malikie,pasport saya tamat tempoh dan kerana takut, saya tidak pergi ke kedutaan untuk membuat daftar kelahiran. Kini anak saya menghadapi masalah kerana kegagalan saya berbuat demikian,

"Bila pulang ke Malaysia dan selepas kematian suami,saya telah berurusan dengan jabatan-jabatan yang berkaitan untuk persekolahan anak saya tetapi kerana tiada sijil kelahiran, ia menyukarkan proses termasuk bagi mendapatkan pas pelajar,"kata Hasiah kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika di temui di Sekolah Kebangsaan Ajil,pagi tadi selepas mendaftar anaknya untuk memulakan kembali sesi persekolahan.

Turut hadir ,Adun Ajil,Ghazali Taib dan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu,Jalaluddin Ismail.

PPD Hulu Terengganu,Cikgu Jalaluddin Ismail Menyerahkan Buku Teks Kepada Muhammad Malikie Bagi Memulakan Pembelajaran 


Jelasnya lagi,anaknya itu dibenarkan JPNT bersekolah dari Tahun Satu hingga Tahun Tiga, tetapi tidak dapat meneruskan persekolahan di Tahun Empat kerana masalah dokumen berkaitan.

Masalah beliau ini turut mendapat perhatian Pegawai Seranta Felda Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri yang turut membantu dari segi sokongan moral dan usaha untuk mendapatkan kebenaran khas ini serta segala urusan bagi menyelesaikan masalah dokumen kerana Hasiah merupakan anak jati Felda.

Sementara itu, Ghazali berkata, pihaknya akan membantu berurusan dengan pihak kedutaan bagi mendapatkan sijil kelahiran atau apa-apa dokumen yang dapat sahkan identiti kanak-kanak ini.

"Pihak pejabat DUN bersama Pegawai Seranta Felda Parlimen Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri akan ke sana (Pekan Baru) untuk berjumpa dengan konsulat Malaysia di sana seawal April ini,

"Ini adalah usaha kita bagi mendapatkan sijil kelahiran anak ini dan kita akan membantu sehingga perkara ini selesai sepenuhnya demi masa depan Muhammad Malikie,"katanya.

Muhammad Malikie Yang Kelihatan Ceria Sedang Bersalaman Dengan Rakan Sekelasnya


Manakala Muhammad Malikie yang kelihatan begitu ceria ketika melangkah masuk ke perkarangan sekolah berkata  sudah lama beliau menunggu saat ini.

"Seronok sangat, tidak tahu nak cakap macam mana. Dapat jumpa kawan-kawan dan cikgu,dapat belajar semula lagipun selama ni saya mampu tengok sahaja dari jauh,

"Memang bosan duduk rumah tapi sekarang tidak lagi.Saya ucapkan terima kasih kepada semua orang yang dah tolong saya dan saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk masa depan saya dan keluarga,"kata Muhammad Malikie.

No comments: