Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Hayati Inti Pati Al-Quran- Ghazali




Umat islam perlu memahami dan menghayati inti pati al-Quran dalam melahirkan kerukunan serta keharmonian antara satu sama lain dan sebagai petunjuk terunggul yang harus dijadikan panduan sepanjang masa.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi , Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri,Ghazali Taib berkata, bagi merealisasikannya kerajaan negeri berhasrat untuk menambah pembinaan madrasah di Terengganu bagi melahirkan generasi yang fasih al-quran.

Katanya, ini bagi memastikan Terengganu dapat melahir dan menghasilkan masyarakat yang celik ilmu mentafsir al-quran di masa akan datang.

“Kerajaan negeri sendiri telah memperuntukan kewangan yang banyak dalam memperkasakan ilmu agama.

"Ini dibantu oleh beberapa agensi kerajaan negeri seperti Maidam (Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu) untuk memartabatkan bidang al-Quran supaya dapat dihayati dan difahami oleh semua umat islam,"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penutup Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Hulu Terengganu Tahun 1438H/2017M di perkarangan Masjid Kampung Bukit Perah,Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.

Turut hadir, Pegawai Daerah Hulu Terengganu,Azmi Razik, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang serta ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.

Menurut Ghazali lagi, umat Islam pada masa yang sama perlu mengamalkan semangat bersatu kita teguh, bercerai kita roboh bagi mengekalkan perpaduan sesama umat.

“Islam amat menekankan persefahaman dan perpaduan antara kaum dan agama demi kepentingan bersama. Kita perlu berusaha mencari persamaan dan mengecilkan perbezaan antara kita dengan mengikis prasangka, salah faham serta saling menerima antara satu sama lain,” katanya.



Pada majlis itu, Abu Bakar Deraman dan Esah Deraman yang berasal daripada Kampung Langgar, Kuala Berang dinobatkan sebagai johan qari dan qariah peringkat Hulu Terengganu.

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM2,000 beserta piala iringan.

Bagi kategori qari, naib johan dimenangi oleh Muhammad Syakir Asyraf Shohaimi dari Kampung Gaung, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Jaafar Abdullah dari Kampung Kuala Por, Kuala Berang.

Munirah Abu Bakar dari Kampung Langgar pula dipilih sebagai naib johan qariah, manakala tempat ketiga dimenangi oleh Che Ku Dayang Che Ku Yatim dari Kampung Getang.

Naib johan membawa pulang wang tunai RM1,000 manakala RM800 bagi pemenang di tempat ketiga.

No comments: