Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gejala Ponteng 'Ibu' Segala Masalah Disiplin




Semua sekolah di Terengganu diminta menubuhkan Jawatankuasa Pemuafakatan Pasukan Anti Ponteng bagi menangani gejala ponteng di negeri ini,

Jawatankuasa membabitkan pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), komuniti dan polis itu perlu bergerak secara bersepadu dalam usaha menangani gejala itu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata operasi pencegahan ponteng bukan berkonsep menangkap tetapi memujuk pelajar untuk kembali ke sekolah meneruskan pelajaran.




''Penubuhan pasukan itu sebagai kaedah menarik pelajar datang ke sekolah.Gejala ponteng sekolah dianggap 'ibu' kepada rangkaian masalah disiplin dan salah laku pelajar kerana mereka akan terbabit dengan pelbagai aktiviti negatif, termasuk masalah penagihan dadah,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan Persekutuan di Sekolah Kebangsaan Bukit Tok Beng, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Seramai 214 pelajar yang berkelayakan bersama ibu atau bapa untuk menerima bantuan persekohan bernilai RM100 bagi setiap pelajar.  

Ahmad Razif turut memberitahu, masalah ponteng perlu ditangani secara bersepadu dan strategik dengan meneruskan usaha pencegahan dan pemulihan menerusi pelbagai  kempen  hadir ke sekolah.


Katanya, gejala salah laku ponteng berkait rapat dengan meruncingnya disiplin di sekolah akibat pelajar terpengaruh dengan amalan negatif di luar kawalan guru.

''Pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa diminta bersama-sama  meneruskan kempen anti ponteng  dan memantau  kegiatan pelajar.

“Walaupun peratus kes salah laku disiplin dianggap masih rendah tetapi usaha menanganinya perlu ditangani dengan serius dan bersungguh-sungguh,”katanya..

No comments: