Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Gaya Hidup Sihat Melalui Sukan

Barisan pemain yang menyertai perlawanan persahabatan antara Ukom dan pengurusan T-Team di Sport Planet Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.

Budaya bersukan menjadi amalan baik bagi menjalani gaya hidup yang sihat terutamanya kepada kakitangan kerajaan.

Pengarah Ukom, Ab Rasid Jusoh berkata, aktiviti itu juga menjadi platform bagi mengeratkan hubungan antara sesama agensi dan jabatan lain, selain memudahkan jalinan kerjasama dalam menjayakan program-program bermanfaat yang lain.

“Aktiviti-aktiviti sebegini perlu diamalkan oleh setiap agensi bagi memupuk semangat kesukanan selain dapat menyihatkan tubuh badan mereka selepas seharian bekerja.

“Sebagai Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom), aktiviti bersukan juga dapat mewujudkan hubungan baik dengan pihak-pihak lain bagi memudahkan urusan di masa akan datang dan antara satu cara penyampaian dan komunikasi terbaik,” katanya, di Sport Planet Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi.

Perlawanan futsal persahabatan antara Ukom dan pengurusan T-Team yang berlangsung semalam berakhir dengan seri 6-6.

Dalam perlawanan tersebut, pengurusan T-Team turut dianggotai oleh ketua jurulatihnya, Rahmad Dermawan serta penolongnya, Mohd Azhari Salim manakala Ukom pula diwakili oleh kakitangannya.

No comments: